25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Hasutan: Tian Chua Dipenjara Tiga Bulan

tian-chua-didakwa-menghina

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua dipenjara tiga bulan dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di sini pada 2013.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 53, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliau juga memerintahkan Tian Chua dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu dan mengarahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan itu bermula Rabu.

Bagaimanapun, Zulqarnain membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya di Mahkamah Tinggi selesai dan mengekalkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pada 29 Mei 2013, Tian Chua yang jugs Anggota Parlimen Batu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini di antara 8.55 malam dan 11.15 malam 13 Mei 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam N.Surendran dan Latheefa Koya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan