Hati-hati beli bebola ikan – Jakim - pakdin.my

bebola-ikan-jijik

Umat Islam dinasihat berhati-hati apabila membeli bebola ikan kerana kebanyakan yang dijual di pasaran mengandungi plasma darah haiwan.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Amri Abdullah berkata, plasma darah haiwan yang digunakan adalah terdiri daripada ayam, lembu dan babi bertujuan mencantikkan serta menambah kualiti bebola ikan supaya lebih kenyal.

“Justeru, orang Islam perlu berhati-hati ketika membeli bebola ikan di pasaran dengan memastikan terdapat sijil halal Jakim pada produk tersebut,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pensijilan Halal Jakim: Integriti Menangani Skandal dan Isu-Isu Berkaitan Halal di Malaysia dalam Seminar Industri Halal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

UTAMAHati-hati beli bebola ikan - Jakim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium