Sunday - August 1, 2021 @ 07:59
BERITADUNIAHelikopter tentera Brunei terhempas, 12 maut

Helikopter tentera Brunei terhempas, 12 maut


…..

Sebuah helikopter tentera udara Brunei terhempas lewat semalam menyebabkan 12 orang terbunuh.

Mangsa yang terbunuh kebanyakan merupakan kadet tentera yang dalam perjalanan pulang selepas latihan.

Kenyataan Kementerian Pertahanan Brunei berkata, helikopter Bell 212 terhempas di kawasan Ulu Belait ketika dalam perjalanan ke Bandar Seri Begawan.

Dua lagi masih hilang manakala dua yang lain cedera, kata kementerian itu.

Bagaimanapun laporan terbaru menyebut bilangan yang terkorban meningkat kepada 12 orang.

“Kami dapati 12 terbunuh dalam nahas ini. Dua kadet tentera terselamat,” kata jurucakap tentera udara Brunei, Norudin Salleh kepada AFP.

Kenyataan Kementerian Pertahanan menyebut keadaan dua yang terselamat stabil.

Helikopter Bell 212 membawa 14 orang termasuk juruterbangnya.  Punca kejadian masih belum diketahui.

Sulten Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menziarahi dua kadet terselamat, yang sedang dirawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

 

 

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here