Helikopter Terhempas Di Sri Aman - pakdin.my

Kemaskini 6:45 Petang: berita yang belum disahkan ketiga-tiga mereka ditemui selamat dan sedang dalam perjalanan untuk dibawa ke Sebuyau kira2 1 1/2 jam perjalanan darat.

Mereka yang masih hilang dipercayai , Peter Ato anak Mayau, Ketua Cabang PKR Siburan merupakan seorang jurutera dan 2 orang juruperunding, Henry dan Siti Huzaimah.

Gambar hiasan

Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 dipercayai milik seorang ahli korporat tempatan dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman pagi Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama berkata, berdasarkan laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pesawat terbabit yang dipandu juruterbang warga German Rko Steger bersama tiga lagi penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 8.57 pagi.

“Saya dimaklumkan oleh DCA, helikopter itu dalam perjalanan ke Nanga Merit, Kapit dari KIA dengan seorang juruterbang dan tiga penumpang,” katanya di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, juruterbang terbabit  Rko Steger, 3tahun diselamatkan sekumpulan nelayan selepas empat jam berenang di muara sungai itu dan seterusnya dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau.

Menurutnya gerakan mencari tiga lagi penumpang yang hilang masih diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)

Ahli keluarga seorang jurutera, Peter Ato antara daripada tiga mangsa yang masih belum ditemui menanti di jeti penumpang Sebuyau
Unit Udara Polis Diraja Malaysia membuat rondaan ketika operasi mencari dan menyelamat
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi mencari
Unit Udara Polis Diraja Malaysia dan sebuah lagi helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Juruterbang sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 dipercayai milik seorang ahli korporat, Riko Steger, 35, beredar dari Balai Polis Sebuyau selepas memberi keterangan apabila terselamat dari nahas helikopter yang dipandunya
UTAMABERITAHelikopter Terhempas Di Sri Aman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium