Henti buat spekulasi kerusi MB – wayang terbaru Azmin?

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

azmin-fitnah-khalid

Persengketaan di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali yang dilihat sesetengah pihak sebagai musuh dalam selimut yang cuba mendesak menteri besar itu letak jawatan tiba-tiba bertukar nada.

Bagaikan sandiwara Azmin menasihatkan semua pihak dalam Pakatan Rakyat (PR) agar berhenti membuat dan menyebarkan spekulasi mengenai penyingkiran Khalid sebagai menteri besar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Bukit Antarabangsa itu menyarankan semua kepimpinan PR Selangor menumpukan kerja membangunkan negeri dan berhenti dari menyebarkan sebarang spekulasi mahupun fitnah.

“Saya nasihatkan hentikan semua spekulasi, kita mengajak pimpinan dan anggota parti untuk tumpu kerja membangunkan negeri Selangor.

“Di bulan Ramadan yang mulia ini jangan kita lontarkan fitnah, jangan buat serangan peribadi dan kita kerja sebagai satu pasukan,” kata Azmin selepas mengadakan mesyuarat di pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, hari ini.

Katanya lagi, pilihan raya kecil sudah selesai, keputusan telah dibuat dan jika ada keperluan parti itu membincangkan pertukaran menteri besar secara kolektif.

Perubahan nada Azmin itu mencurigakan ahli PKR, PAS dan DAP samada beliau benar-benar ikhlas bahawa Langkah Kajang sudah selesai atau masih ada `udang di sebalik batu”.

Apa yang jelas sejak PRK Kajang pada 23 Mac lalu hingga ke hari ini, pelbagai spekulasi dan fitnah telah dilemparkan terhadap Khalid oleh musuh politiknya termasuk Azmin sendiri dalam ikhtiar untuk membuat menteri besar itu mengalah dan berundur.

Persoalan timbul mengapa selepas 107 hari PRK Kajang, baru hari ini Azmin mengeluarkan arahan “buat kerja, berhenti buat fitnah dan spekulasi jawatan MB” kepada kumpulan ADUN yang dipimpinnya di Selangor?

Teka teki Azmin muncul ketika hampir semua pemimpin PKR di Selangor mendesak Abdul Khalid melepaskan jawatannya bagi membolehkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bertugas sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Atau mungkin Azmin sendiri yang akan dilantik kerana beliau merupakan ketua kepada semua Adun PR di Selangor.

Hampir semua portal pro pembangkang menyebut usaha menyingkirkan Khalid kini sudah sampai ke tahap paling serius sehingga semua Adun mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kedudukan menteri besar Selangor.

Difahamkan mesyuarat yang berlangsung di Pejabat SUK Selangor sejak awal pagi ini bertujuan membincangkan mengenai masa depan Abdul Khalid.

Mesyuarat itu juga dikatakan mencari kata sepakat menggesa satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi menyatakan undi tidak percaya kepada Abdul Khalid.

Ironinya, selepas mesyuarat itu Azmin membuat kenyataan anti klimaks dengan mengarahkan semua pihak dalam PR berhenti membuat spekulasi mengenai Abdul Khalid.

Justeru sikap, nada dan kenyataan Azmin hari ini mengundang eleman suspens, apa agaknya babak seterusnya dalam wayang beliau?

BACA juga:

Leave a Reply