30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Henti Fitnah Sogok Wang, Laporan Polis Dibuat – MB Kedah

ahmad-bashah-laporan-polis-sogok-wang

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran fitnah mengenai sogokan wang bagi mendapat sokongan dan menurutnya laporan polis telah dibuat berhubung fitnah itu.

Beliau berkata laporan polis itu dibuat oleh individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung sogokan wang itu bagi pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah itu.

Beliau menegaskan sogokan wang bukan budaya UMNO untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi.

Ahmad Bashah berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan yang viral dalam laman sosial, kononnya Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Sayap UMNO Bahagian disogok sejumlah wang sebagai sagu hati bagi menolak kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai menteri besar.

“Saya minta anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negeri dan negara ini pada masa depan menghentikan fitnah ini dengan segera …ia boleh merosakkan segala-galanya.

“Kemelut politik di negeri ini telah selesai dan Menteri Besar baharu telah dipilih. Apa yang penting kami perlu bergerak ke hadapan untuk tunaikan janji UMNO semasa pilihan raya umum yang lepas,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, Ahad.


Dalam pada itu, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata beliau akan berjumpa dengan semua pegawai kerajaan negeri untuk mendapatkan penerangan berhubung projek dan program yang sedang dan akan dilaksanakan.

“Saya mahu dengar penerangan mengenai pelbagai perkara bagi memudahkan saya untuk teliti dan membuat keputusan. Seperti Discover Kedah 2016, kami akan teruskan dan mungkin ada sedikit penambahbaikan untuk program pelancongan tersebut.

“Seperti litar lumba kepada generasi muda, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk percepatkan pembinaannya bagi memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Katanya beliau akan meneruskan perancangan yang dibuat oleh Mukhriz di samping menyusun perancangan baharu untuk kebaikan rakyat negeri ini.

Terdahulu, Ahmad Bashah tiba di bangunan pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman pada kira-kira 7.50 pagi dan mengetip kad perakam waktu pada kira-kira pukul 7.59 pagi, bagi memulakan tugasnya.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...