Hentikan bergaduh, isu dah selesai – Ahmad Bashah - pakdin.my

ahmad bashah -  rafidah

Semua ahli UMNO termasuk veteran, Tan Sri Rafidah Aziz diminta agar menghentikan sebarang percakaran berhubung krisis pentadbiran di negeri ini setelah segalanya berakhir de­ngan istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar baharu, Khamis lalu.

Menurut Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, ‘pergaduhan’ berterusan sesama sendiri berhubung perkara yang tidak didalami sepenuhnya hanya mendatangkan kerugian kepada parti ketika usaha giat dijalankan untuk memperkukuhkan UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Masalahnya beliau bercakap dalam keadaan tidak memahami apa yang berlaku di negeri ini. Rafidah tidak tahu apa yang kami lalui dan tidak mengerti betapa apa yang dilakukan selama ini kerana kami menyayangi parti dan bukannya kerana jawatan semata-mata.

“Berlangsungnya istiadat me­ngangkat sumpah bermakna Sultan serta Jemaah Pemangku Sultan memperkenankan pertukaran itu. Jadi takkan kita nak pertikaikan semua itu? Sepatutnya kita mengajak ahli untuk bersatu dan sama-sama mara ke depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika hadir ke Majlis Tahlil Sempena Hari Keputeraan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Rumah Merdeka di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Badan-Badan Bukan Kerajaan, Datuk Badrol Hisham Hashim serta Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Shamsul Bahar Abd. Rani, di sini hari ini.

Rafidah baru-baru ini memuat naik status Facebook yang mendakwa krisis kepemimpinan di Kedah berlaku akibat ketamakan kuasa beberapa pihak sehingga mengundang jawapan balas daripada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengaku ‘menggeleng kepala’ melihat kenyataan bekas ketuanya itu.

Mengulas lanjut Ahmad Bashah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharus­nya dipersalahkan dalam perkara itu memandangkan beliau hanya menunaikan permintaan daripada kepemimpinan UMNO negeri.

“Jangan salahkan Perdana Menteri kerana apa yang berlaku ini, kami (kepemimpinan negeri) sendiri yang minta dan bukan atas kemahuan Najib. Tak perlu buat tuduhan melulu kerana apa yang kami lakukan kerana kami sayangkan parti.

“Rafidah sebagai veteran parti kena membantu dan bukannya membubuh racun. Nanti kalau UMNO kalah, jangan cuba lepas tangan kerana ahli-ahli parti sebegini juga mempunyai ‘saham’ dalam menghancurkan UMNO,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menempelak Rafidah berhubung kenyataan terbaharu bekas Ketua Wanita UMNO itu di Facebook yang mendakwa hanya setia kepada parti dan bukannya setia kepada individu tertentu yang memimpin parti.

“Saya kira sesiapa pun yang menjadi pemimpin, semua orang akan sokong pemimpin itu. Kalau ‘A’ jadi pemimpin, semua sokong dia tetapi apabila tiba masanya ‘B’ ambil alih, ‘A’ kenalah sokong ‘B’.

“Jangan keluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai. Zaman dahulu pun, Rafidah setia kepada pemimpinnya juga, sama sajalah,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis, malam tadi.

UTAMAPOLITIKHentikan bergaduh, isu dah selesai - Ahmad Bashah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium