26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 19, 2021

Hidap demam viral, Kit Siang dimasukkan ke hospital

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam viral.

Perkara itu disahkan anaknya yang juga Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di media sosial, hari ini.

Menerusi hantaran dimuat naik Guan Eng, Kit Siang berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang tanda penyakit lain.

“Ayah (Kit Siang) dimasukkan ke hospital kerana demam viral (bersyukur bukan Covid-19). Terima kasih untuk setiap ucapan. Doakan beliau segera sembuh,” katanya di Twitter.

Kit Siang merupakan antara veteran politik paling lama di Malaysia selepas mula menjadi ahli parlimen sejak 1969.

Selain itu, Kit Siang juga pernah pernah mengetuai blok Pembangkang Parlimen Malaysia dari 1974 hingga 1999..

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.