Hiew Yook Cheang Dan Isterinya Didakwa Bunuh Anak Sendiri - pakdin.my

Didakwa Bunuh Anak Sendiri

Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh anak perempuan mereka yang berusia lima tahun.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Hiew Yook Cheang dan isterinya, Wong Yin Tinn didakwa bersama-sama membunuh Mable Hiew di rumah mereka di Taman Sri Manja, Petaling Jaya.

Tindakan itu dilakukan dengan membakar arang dalam rumah sehingga anak perempuan mereka lemas akibat terhidu asap.

Kesalahan didakwa dilakukan antara 13 dan 17 September.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada pasangan ini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid mengarahkan kedua-duanya ditahan dipenjara sehingga selesai perbicaraan.

7 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

 

UTAMABERITAHiew Yook Cheang Dan Isterinya Didakwa Bunuh Anak Sendiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium