SIBU: Gerak hati Shafie Adil untuk mencari cucunya di dalam masjid berjaya menemui Siti Fatimatuzzahrah Bumidin yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sewanya di Taman Permai di sini Isnin lalu.
Pesara Keretapi Tanah Melayu dari Ipoh, Perak berusia 85 tahun yang datang ke sini semalam selepas mendapat berita tentang kehilangan Fatimatuzzahrah, menemui cucunya itu di dalam Masjid An Nur di sini pada 2 petang tadi.
Pelajar tahun akhir jurusan perubatan berusia 25 tahun yang sedang menjalankan latihan di Hospital Sibu ditemui sedang membaca Al-Quran.
“Saya dan anak perempuan saya dibawa di sekitar bandar Sibu untuk mencari cucu saya. Hati saya kemudian tergerak untuk cuba mencarinya di masjid,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Sentral Sibu.
Kariah masjid dan petugas Pusat Aktiviti Warga Emas Masjid An Nur itu yang pernah melihat kelibat seseorang tidur masjid itu semalam membawa Shafie ke dalam masjid di mana Fatimatuzzahrah ditemui.
Saat ditemui, pelajar tersebut enggan bercakap tetapi dalam keadaan menangis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Supt Martin Khoo mengesahkan Fatimatuzzahrah berada dalam keadaan selamat, cuma didapati terlalu tertekan dengan peperiksaan yang sedang dihadapinya.
Fatimatuzzahrah kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu untuk diperiksa sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.
Di Ipoh, bapanya Bumidin Tahir, 51, berkata beliau dihubungi anggota polis Sibu mengenai penemuan anaknya kira-kira 2.25 petang tadi.
“Datuk dan mak ciknya bertolak ke sana semalam dan mereka menemui Fatima di dalam sebuah masjid dalam keadaan letih,” katanya sambil melahirkan rasa syukur kerana tiada perkara buruk menimpa anaknya.
Katanya, Segi College, tempat belajar anaknya sebelum memaklumkan pelajar itu tidak menghadiri peperiksaan pada Isnin.
“Sepanjang kehilangannya, saya sentiasa berdoa semoga dia selamat dan naluri hati saya mengatakan yang tidak ada apa-apa perkara buruk yang berlaku terhadapnya,” katanya
Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Negeri Perak itu berkata kejadian itu merupakan pertama kali berlaku ke atas anaknya dan percaya beliau menghilangkan diri kerana mengalami tekanan dalam pelajarannya.
“Dia tidak ada masalah kewangan, tetapi dia mungkin runsing dan tidak boleh belajar. Dia orang yang sentiasa mahu lakukan sesuatu dengan cemerlang,” katanya sambil menambah anak sulung 7 beradik itu kali terakhir pulang ke Ipoh pada Aidilfitri lepas.
Bumidin berkata, beliau akan bertolak ke Sarawak bersama isterinya Hazila Shaffii, 48, esok untuk melihat keadaan anak mereka itu.
Siti Fatimatuzzahrah sebelum ini melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir selama 4 tahun sejak 2009, sebelum kembali menyambung pengajian dalam negeri di Segi College, Damansara.
Dia menjalani pembelajaran dan latihan industri di Hospital Sibu sejak tahun lalu.
Kehilangannya itu dilaporkan rakan serumahnya kepada polis petang semalam.
Hilang sejak Isnin, pelajar perubatan ditemui dalam masjid https://t.co/HgWzco3lsl
Hilang sejak Isnin, pelajar perubatan ditemui dalam masjid https://t.co/X49UengznP
Hilang sejak Isnin, pelajar perubatan ditemui dalam masjid https://t.co/dfLIV56Xdo
Hilang sejak Isnin, pelajar perubatan ditemui dalam masjid: SIBU: Gerak hati Shafie Adil untuk mencari cucuny… https://t.co/5aYCGNwbO8
Hilang sejak Isnin, pelajar perubatan ditemui dalam masjid https://t.co/pIDac0w3Tz
Azmi Haron liked this on Facebook.
Ahmad Kamal Nizam Abdullah liked this on Facebook.
Alzari Azia liked this on Facebook.
Izof Sira liked this on Facebook.
Jivaras Jiva liked this on Facebook.
Noor Hisham Ismail liked this on Facebook.
Sufian Kamaruddin liked this on Facebook.
Lizawati Liza liked this on Facebook.
Rauf Safie liked this on Facebook.
Buyung Tembaga liked this on Facebook.
Arool Kamekazi liked this on Facebook.
Yuzlie Miasin Eto liked this on Facebook.
Amrullah Bin Abdul Hamid liked this on Facebook.
Bapa dia..penceramah kuliah maghrib..masjid Tambun..ust. Bumidin..
Khai DS liked this on Facebook.
Shah Rezza liked this on Facebook.
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
Shaiful Effendie liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Panglimax Bob liked this on Facebook.
Hilang sejak Isnin, pelajar perubatan ditemui dalam masjid: SIBU: Gerak hati Shafie Adil untuk mencari cucuny… https://t.co/ifFK5g7tlT
Yng Dayang liked this on Facebook.
Rosnizar Ismail liked this on Facebook.
Man Ringgo Kamaruszaman Ibrahim liked this on Facebook.
Md Noor liked this on Facebook.
Mohamad Salehan liked this on Facebook.
Jimmy Sky liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Rosmilia Emilia liked this on Facebook.
Kamaruszaman Hj Ibrahim Manringgo liked this on Facebook.
Mokhtar Ahmad liked this on Facebook.
Is Män liked this on Facebook.
syukur,,jumpa d tempat yg baik
Miskam Saring liked this on Facebook.
Aata Raz liked this on Facebook.
AreLong Ezam liked this on Facebook.
MRamdan Ibrahim liked this on Facebook.
Anid Sallehudin Ruhdina liked this on Facebook.