Himpunan Berlangsung Aman Tiada Kaitan Dengan ‘Malaysia Baru’, Annuar Musa Tempelak Ambiga - pakdin.my

Bekas pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan memuji pasukan polis dan penganjur himpunan anti-ICERD kerana himpunan hari ini berlangsung dengan aman.

“Saya ucapkan tahniah kepada penganjur dan polis kerana perhimpunan berlangsung aman. Selamat datang ke Malaysia Baru,” katanya di Twitter.

Tweet itu kemudian dibidas oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, himpunan hari ini yang berlangsung dengan aman damai langsung tiada kaitan dengan era Malaysia Baru, sebaliknya ia adalah kerana jenama sebuah pembangkang dan NGO yang baharu.

“Ia bukannya Malaysia Baru yang menjadikan perhimpunan damai … tetapi (kerana) pembangkang dan NGO baru yang mempunyai nilai-nilai yang berbeza berbanding dengan apa yang biasa kita lihat pada masa lalu !! Kami mengendalikan keselamatan kami sendiri. Kami juga mengutip sampah dan membersihkan jalan sendiri,” tulis Annuar.

Dianggarkan seramai 55,000 orang membanjiri ibu kota siang tadi bagi meraikan kesyukuran kerana kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Himpunan yang bermula pada jam 2.00 petang itu berakhir dengan aman kira-kira tiga jam kemudian, dengan keadaan di sekitar lokasi utama iaitu Dataran Merdeka dan lokasi sekitarnya bersih tanpa sampah. -SuaraTv

Screenshot
Screenshot

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAHimpunan Berlangsung Aman Tiada Kaitan Dengan ‘Malaysia Baru’, Annuar Musa Tempelak Ambiga

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium