24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

Himpunan Bersih 3.0, LGBT Serentak Di Dataran Merdeka

SABTU ini, 28 April 2012 ini adalah satu tarikh keramat yang bukan sahaja menghimpunkan sejumlah besar rakyat menyokong tuntutan Bersih 3.0 dalam memastikan pilihanraya yang lebih adil, tapi juga untuk menunjukkan kepada dunia pengiktirafan Pakatan Rakyat terhadap kesaksamaan gender yang lebih baik dibanding dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Penulis telah difahamkan bahawa Datuk Ambiga Sreevanasan selaku Pengerusi bersama Bersih 3.0, telah mengambil peluang dari penganjuran himpunan tersebut untuk mengenengahkan isu kesaksamaan gender ini setelah perhimpunan Seksualiti Merdeka November lepas dihentikan oleh pihak polis tanpa alasan yang munasabah.

Kebetulan, Ambiga juga adalah Pengerusi Seksualiti Merdeka dan merupakan tenaga penting di sebalik program tersebut bersama-sama Majlis Peguam Malaysia.

Sebagai laman yang konsisten menyokong layanan adil kepada golongan LGBT di kalangan masyarakat Malaysia, kami menyokong sepenuhnya usaha murni yang dibuat oleh Ambiga ini.  Disamping mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai pertubuhan yang mengiktiraf peranan LGBT dalam masyarakat, ia juga mampu setidak-tidaknya menarik golongan tersebut turun beramai-ramai memeriahkan himpunan Bersih 3.0.

Dengan sasaran seramai 500 ribu orang, Pakatan Rakyat memerlukan sokongan sehabis mungkin dari semua pihak.

Maklum balas yang penulis terima dari kalangan golongan LGBT ini juga amat-amat menggalakkan.  Beberapa orang dari kalangan mereka yang sempat penulis temui menyatakan kesediaan mereka untuk turut serta dalam himpunan besar-besaran yang akan diadakan pada Sabtu itu.

Menurut mereka, inilah saat dan ketikanya mereka boleh menonjolkan identiti masing-masing secara terbuka di khalayak ramai tanpa takut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa negara.

Malah, penulis juga dimaklumkan bahawa sebuah kelab hiburan di Jalan P Ramlee yang prihatin dengan golongan LGBT ini juga akan turut menghantar ahli-ahli kelab tersebut untuk  menyertai himpunan itu sebagai tanda sokongan dan dalam masa yang sama memprotes diskriminasi kerajaan BN terhadap mereka.

Suka penulis nak ingatkan bahawa, soal menentang diskriminasi ke atas golongan LGBT ini tidak ada kena mengena dengan persoalan agama.  Seperti yang sering penulis bangkitkan dalam penulisan yang lepas-lepas berhubung isu sama, golongan ini telah wujud dalam masyarakat kita (mahu atau tidak), dan apa yang diperjuangkan ialah mengelak golongan ini dari ditindas masyarakat yang kabur tentang hak mereka.

Dalam hal ini penulis ingin merujuk kepada tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang golongan mak nyah di Kuantan baru baru ini, dimana polis mengambil masa yang cukup lama untuk menangkap pelakunya sedangkan laporan mengenainya telah dibuat untuk beberapa lama.

Kita mahu mengelakkan kejadian serupa daripada berulang di tempat lain di dalam negara kita kerana ia akan hanya menjejaskan maruah dan reputasi negara di mata dunia, dan himpunan Bersih 3.0 dan LGBT secara serentak ini adalah platform terbaik untuk memperjuangkan isu tersebut.

Syabas Datuk Ambiga!!

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.