26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Himpunan Guling – Wajah-wajah pembangkang disebalik topeng #TURUN

guling-topeng

Betul anggapan sesetengah pihak bahawa himpunan haram TURUN hanya topeng pembangkang untuk terus menekan kerajaan dan menunjukkan rasa tidak puashati bukan kerana harga barang naik tetapi kegagalan mereka pada PRU 13.

Jika tidak sembunyi batu tangan, sekilas ikan di air sudah tahu bawa pemimpin pembangkang terutaama PKR dan PAS terbabit dalam penganjuran perhimpunan yang sekaligus menyebabkan sambutan Tahun Baharu di Dataran Merdeka dihentikan.

Kemunculan beberapa  pemimpin PKR dan PAS ibarat sudah terang lagi bersuluh bahawa merekalah disebalik ‘topeng’ himpunan TURUN atau Guling Kerajaan yang diuar-uarkan kononnya membantah kenaikan harga barangan dan sebagainya.

Kelibat Ketua Angkatan Pemuda Keadilan yang juga Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli yang juga merupakan Pengarah Strategik parti itu bersama-sama peserta perhimpunan haram sudah cukup mengambarkan siapa dalang disebalik semua itu.

Selain itu juga, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Khairil Nizam Khairuddin; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi TURUN, Mohamad Azan Safar.

Ternyata kebiadapan peserta demo memuncak apabila konsert Ambang Tahun Baru bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu terpaksan dibatalkan 30 minit sebelum jam 12 tengah malam. 

Sebelum itu, mereka merempuh hadangan polis dan cuba mencabar pihak berkuasa dengan provokasi kata-kata kasar.


guling-poster

Tindakan peserta demo yang melampau sehingga membaling objek ke arah pentas mencetuskan kekecohan di kalangan artis yang hadir untuk menghiburkan penonton konsert itu.

Laungan slogan melbatkan peserta demo diantaranya ialah ‘guling kan kerajaan zalim’ ‘turun kerajaan’, dan beberapa slogan yang tidak mencerminkan niat asal mereka untuk menggesa menurunkan kos sara hidup. 

Ini dilihat berpunca apabila dalang mereka turun ke padang bersama-sama sehingga menyebabkan mereka berani bertindak biadap termasuk tidak menghormati Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib yang meminta pihak terbabit  menghormati penonton konsert yang ingin menyambut Tahun Baharu  seperti biasa. 

Sebaliknya, dengan tindakan kekerasan yang berlaku semalam menjadikan sambutan Ambang Tahun Baharu tidak seperti biasa tanpa percikan bunga api dan dentingan 12 kali jam di Bangunan Sultan Abdul Samad seperti tahun-tahun sebelum ini.

Dalam masa sama, ada ibu bapa terus memperjudkan nasib anak-anak yang masih mentah dengan membawa mereka ke perhimpunan yang boleh mempengaruhi pemikiran untuk menentang kerajaan apabila dewasa.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...