Himpunan Penyatuan Ummah jadi mimpi ngeri PH - pakdin.my

Hari ni dah bermula himpunan penyatuan ummah di PWTC yang mana himpunan Pemuda UMNO & PAS, Wanita UMNO & Muslimah PAS dan Puteri UMNO & Ameera PAS.

Esok pula himpunan secara besar besaran akan berlangsung di PWTC melibatkan kepimpinan serta ahli dari kedua belah parti termasuk juga parti komponen dalam BN di jangka akan hadir.

Seperti yang dijangkakan, himpunan ini akan menjadi mimpi ngeri kepada PH tambahan lagi melihat kepada penyatuan orang Melayu dan Islam ini jelas menunjukkan bahawa PH akan menemui jalan buntu untuk mengekalkan kuasa.

Dengan menggunakan pelbagai helah, himpunan ini sebenarnya cuba digagalkan dan medium yang paling lantang dilihat adalah media sosial yang memperlihatkan kewujudan akaun akaun palsu yang dengan sengaja memperlekeh dan memberikan gambaran dari sudut buruk penyatuan ini.

Namun ianya tidak dapat sama sekali menghalang kemaraan orang Melayu dan Islam yang merasakan bahawa bangsa Melayu dan agama Islam kini semakin dipandang hina tambahan pula tidak ada kelihatan usaha kerajaan bagi menghalang atau mengekang penghinaan terhadap bangsa dan agama ini berlaku.

Bukan setakat akaun akaun palsu dalam media sosial, malah pemimpin Pakatan juga dilihat tidak putus putus memberikan pelbagai komen yang negatif tentang himpunan yang bakal mencipta sejarah politik tanah air.

Perdana Menteri sendiri mengatakan bahawa jika UMNO dan PAS hendak menandatangani piagam kerjasama maka PAS perlu menarik kembali Amanat Haji Hadi.

Apakah Mahathir lupa, bahawa amanat berkenaan telah dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Hadi semasa beliau menjadi Mahathir menjadi Perdana Menteri? Kes kematian Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya di Memali juga dizaman Mahathir menjadi Perdana Menteri tetapi Tun Musa Hitam yang menjadi ‘KAMBING HITAM’ kepada Mahathir pada ketika itu.

Dengan pelbagai kenyataan dari pihak Pakatan, himpunan ini jelas menjadi igauan ngeri Pakatan dan sudah jelas juga mereka kini berada dalam dilema.

Teruskan penyatuan ini, insyaallah kemenangan kepada Melayu Islam bakal menjadi kenyataan dan kerajaan Melayu Islam dengan sokongan komponen akan dibentuk dimasa akan datang.

#HPU914
#himpunanpenyatuanummah

Oleh Sharul Kamal

UTAMAPOLITIKHimpunan Penyatuan Ummah jadi mimpi ngeri PH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium