Hina anggota polis tidak solat, Asri Janggut ke Bukit Aman

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang membuat kenyataan menghina pasukan polis, dilihat meninggalkan ibu pejabat polis Bukit Aman pada pukul 1.00 tengah hari selepas kenyataannya direkodkan.

Peguam Mohd Asri, Datuk Shaharudin Ali berkata pada mulanya anak guamnya itu disoal siasat sekitar sejam setengah sebelum mereka pergi menunaikan solat Jumaat.

“Kenyataan telah direkodkan oleh pegawai penyiasat dari unit siasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Asri telah memberikan kenyataan mengenai dakwaan aktiviti perjudian dan penjualan rokok seludup ketika disoal, selain dakwaannya bahawa kebanyakan pegawai polis tidak menunaikan solat setiap hari,” kata Shaharudin ketika ditemui pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.

Katanya Mohd Asri akan disoal semula pada pukul 3.00 petang berkenaan perkara yang sama.

Bernama sebelum ini melaporkan dua laporan polis telah dibuat terhadap Mohd Asri di Balai Polis Jalan Travers dan Jalan Tun Razak, dua hari lepas.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebimbangan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan.

Dilaporkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador turut menyifatkan dakwaan yang dibuat Asri terhadap pegawai polis tidak menunaikan solat sebagai “melampau”.

Dalam video sama yang tular itu, Mohd Asri turut mengatakan perkara yang sama terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bagaimanapun, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang dalam kenyataan mengatakan pihaknya menerima permohonan maaf Mohd Asri yang disiarkan menerusi platform media sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Rabu lepas. — Bernama

BACA juga:

Leave a Reply