Hina Kesultanan Johor: Aduka Taruna Ditahan - pakdin.my

Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Aduka Taruna ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung tulisan menghina dan menghasut institusi Kesultanan Johor melalui laman sosial Facebook (FB).

Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira 10 pagi ini di kawasan perumahan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, yang mengesahkan perkara itu, berkata penahanan suspek adalah untuk membantu siasatan kes yang dilaporkan di Balai Polis Skudai, semalam.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan komputer riba daripada suspek berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, perintah reman untuk lelaki tersebut akan dipohon daripada mahkamah dalam waktu terdekat.

Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menyebarkan kenyataan berbaur fitnah atau hasutan, yang boleh mencemarkan kredibiliti kerabat diraja atau mana-mana individu.

UTAMABERITAHina Kesultanan Johor: Aduka Taruna Ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium