Hina Khutbah: Eric Paulsen akan didakwa hari ini - pakdin.my

Eric Paulsen ditahan polis

Peguam Eric Paulsen yang mencetuskan kontroversi dengan menulis tweet bahawa Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme menerusi khutbah Jumaat akan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 hari ini.

“Saya akan didakwa menghasut pagi esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,” tulis Paulsen dalam tweet petang semalam.

Menurut Paulsen, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai penyiasat kes itu yang menelefonnya jam lima petang semalam.

Peguam Gobind Singh dan beberapa peguam lain akan mewakili beliau di Mahkamah Sesyen esok.

Tulisan Paulsen di tweeternya 9 Jan lalu menyebabkan beliau ditahan sepasukan anggota polis pada 12 Jan dan ditahan reman selama dua hari.

Susulan itu, beliau juga membuat laporan polis berhubung ancaman ke atas nyawanya ekoran tulisan tweeternya.

Paulsen pada waktu itu mengaku bahawa beliau disiasat mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 sekaligus menjadi individu pertama disiasat mengikut akta itu tahun ini.

UTAMABERITAHina Khutbah: Eric Paulsen akan didakwa hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium