Hina Nabi – Agenda Terancang ‘Red Bean Army’ - pakdin.my

 

Sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan, NGO membuat laporan polis bagi melakukan siasatan sekiranya perbuatan menghina junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w dalam laman sosial Facebook baru-baru ini dilakukan oleh kumpulan propaganda pembangkang, Red Bean Army.

NGO terbabit mendakwa, perbuatan itu adalah agenda terancang yang dipercayai didalangi kumpulan siber terbabit.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 11 pagi tadi.

Antara NGO terbabit, Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM, Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia, Kelab Wartawan Muda Malaysia, serta Pertubuhan Keris Emas Malaysia.

DATUK NADZIM JOHAN / KETUA AKTIVIS PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
“Kita ada undang-undang, jadi kita harap tindakan diambil kita nak lagi tengok dah letih dah kita cukup letih cukup. Enough is enough kita pun dah lebih bersabar kita rasa tak perlu lagi kita menghadapi perkara seperti ini jika kita hendak duduk di negara Malaysia ini dalam keadaan aman dan damai cukup melampau apa lagi dia nak? Kita pun tak paham apa yang dia nak?”.

MAZLAN NAN / PENGERUSI GABUNGAN MELAYU ISLAM
“Ambik tindakan sebab saya fikir esok kalau saya menghadap Allah apa saya nak jawab kepada Allah kalau saya diam diri tiba-tiba saya esok sampai masa nak balik menghadap Allah kita nak jawab apa?Kita orang Islam mesti prihatin. Kita agama Islam tidak boleh ditegahkan untuk mencaci agama lain sedangkan agama lain dok caci agama Islam”.

Dua akaun Facebook berkenaan yang menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan kemarahan umat Islam negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Semalam Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shabery Chik mengesahkan identiti sebenar kedua-dua individu berkenaan telah dikenal pasti dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

hina-nabi

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAHina Nabi - Agenda Terancang 'Red Bean Army'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium