25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Hina Polis, Asri Janggut Minta Maaf

Pengasas rangkaian Hot Burger, Mohd Asri Hamid hari ini tampil menyatakan permohonan maaf atas keterlajurannya menghina pasukan beruniform di negara ini.

Mohd Asri melalui laman Facebook menyifatkan kenyataannya sebelum ini disebabkan ketelanjuran dan kejahilan.

“Bismillah, assalammualaikum semua. Saya memohon maaf atas kesilapan dan ketelanjuran saya, saya benar-benar rasa bersalah atas perkara tersebut.

“Saya akui kesilapan saya ini. Maafkan saya atas kejahilan saya,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu tular klip video kenyataan Mohd Asri menghina sebahagian pihak polis dan tentera yang disifatkannya sebagai tidak menjaga akhlak dengan baik.

Beliau yang juga dikenali sebagai Asri Janggut berkata, kebanyakan daripada pasukan polis hari ini tidak menjaga solat dengan betul.

“Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Kebanyakannya memang tak jaga solat.

“Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang.

“Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak? Bila terakhir sembahyang subuh bawa isteri(berjemaah) subuh?
“Pernah tak tanya anak apa itu (khalimah) syahadah, benda(perkara merupakan) kunci (agama),” katanya.

Terdahulu, Asri pada Sabtu baru ini memuatnaik tiga siaran langsung di Facebook mengenai kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh.

Melalui siaran tersebut, dia turut mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Rentetan itu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengadakan satu sidang akhbar tergempar, sambil manafikan dakwaan tersebut.

Shafa’aton turut berkata akan memanggil Mohd Asri bagi membantu siasatan kerana mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Pihak polis juga telah membuat satu laporan polis bagi menafikan kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang didedahkan Asri itu. – SuaraTV

BACA JUGA: https://pakdin.my/tag/premis-judi

Rujukan: Video: Kebanyakan Polis Tidak Berakhlak – Asri Janggut
https://pakdin.my/video-kebanyakan-polis-tidak-berakhlak-asri-janggut/

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan