Hina Raja Melayu: @AzminAli, @TianChua Tidak Nafi Tapi Tidak Juga Mengesahkan - pakdin.my

Ahli Parlimen pembangkang enggan mengesahkan atau menafikan bahawa mereka terlibat dalam insiden yang didakwa mempersendakan raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, baru-baru ini.

Tanpa menafikan dengan jelas, mereka sebaliknya mempersoalkan identiti seorang doktor yang dikatakan bertugas pada hari berkenaan yang mendakwa mendengar dan menyaksikan kejadian itu.

Malah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali turut menyifatkan dakwaan itu sebagai serangan peribadi demi kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN.

“Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Timbalan Presiden PKR itu berkata demikian bagi mengulas mengenai pendedahan Dr Abdul Rahman Kadir melalui akaun Facebook mendakwa beliau serta Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad terlibat serta mengetahui tentang kejadian mempersenda dan mengejek raja Melayu pada Rabu lalu.

Sementara itu, Tian Chua berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu seperti yang dicadangkan beberapa pihak adalah tidak berasas kerana ia adalah satu tuduhan tanpa saksi.

Namun menurutnya, beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar yang menyiarkan berita tanpa menyiasat sumber sebenar berita.

“Bagaimana apabila seseorang itu tuduh, namun tidak ada saksi, tidak ada `substance’ dalam tuduhan mereka dan tiba-tiba nak buat Suruhanjaya Diraja, buat apa?,” katanya.

UTAMAPOLITIKHina Raja Melayu: @AzminAli, @TianChua Tidak Nafi Tapi Tidak Juga Mengesahkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium