25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

Hina Sultan Selangor: Laporan polis diterima, siasatan bawah Akta Hasutan

Laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun Facebook bernama Nga Kor Ming Super Fan Page

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor mengesahkan satu laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun Facebook bernama Nga Kor Ming Super Fan Page berhubung kenyataan berbaur menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya laporan polis itu dibuat pengiring Sultan Selangor atas arahan baginda ekoran kenyataan berbaur penghinaan yang tular dalam media sosial.

“Laporan polis itu dibuat pukul 11.15 pagi semalam di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam dan sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

“Polis menerima satu laporan polis merujuk kepada kenyataan biadap dikeluarkan satu akaun Facebook menggunakan nama Nga Kor Ming Super Fans Page terhadap Sultan Selangor.

“Laporan itu diterima polis semalam susulan kenyataan berbaur hina dalam tulisan Cina dan biar kita siasat dalam semua aspek dulu, saya tak mahu komen lanjut buat masa ini,” katanya secara ringkas ketika ditanya pemberita selepas Majlis polis di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras pagi ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hadir memyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian kepolisan, Diploma Siswazah Sains Kepolisan dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan Sesi 2017/2019 melibatkan 100 graduan pegawai kanan dan anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Imigresen.

Komen Mazlan hadir selepas satu status pemilik akaun FB Nga Kor Ming Super Fans Page yang menyebarkan kenyataan biadap berbaur menghasut yang mengajak kaum Cina melakukan bantahan terhadap Sultan Selangor.

Kenyataan itu didakwa mengajak masyarakat membenci Sultan Selangor kerana arahan baginda supaya papan tanda jalan raya di Shah Alam digantikan dengan papan tanda jalan tulisan berbahasa Melayu.

Semalam Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menasihati bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya ‘bertaubat’ dan kembali kepangkal jalan daripada terus melakukan perbuatan menabur fitnah.

Beliau berkata, sebagai seorang yang beragama Islam Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya terjerumus dalam kancah fitnah kerana perbuatan itu juga merupakan satu dosa besar.

“Nasihat saya kepada Datuk Seri Najib, sila bertaubat dan kembali kepangkuan jalan sebelum terlambat.

“Janganlah terus terjerumus dalam kancah menabur fitnah kerana dari segi Islam fitnah adalah satu dosa yang besar dan itu tidak baik.

“Kembalilah ke pangkuan jalan sebagai seorang kekanda beliau harus faham betapa seriusnya apabila kamu terus menabur fitnah,” katanya berikutan hantaran di laman Facebook Najib yang mengaitkan Nga Kor Ming Super Fans Page dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu.

Kor Ming mendakwa ia merupakan fitnah dan palsu. –  MalaysiaGazette

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.