Hishamuddin sahkan jumpa Mahathir semalam

Kongsi:

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan telah berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Hishammuddin yang juga merupakan bekas Naib Presiden UMNO walau bagaimanapun berkata, pertemuan tersebut hanya untuk mendengar rancangan Perdana Menteri untuk masa depan bangsa dan negara.

“Itu sahaja yang dibincangkan, tiada soal lain. Menjawab dakwaan kononnya akan keluar parti, bagi saya tiada sebab untuk keluar UMNO sekarang.

“Tetapi bagi saya kepemimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada semua ahli-ahli UMNO untuk elak lebih ramai keluar parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

………
http://pakdin.my/tag/hishamuddin-hussein/

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

39 Replies to “Hishamuddin sahkan jumpa Mahathir semalam

  1. Pemimpin2 umno yg khianat rakyat Masa berkuasa dulu skrg ni berebut2 nak jumpa tun mintak kerja..dpt jd pencuci pejabat pun xpe..
    Sekarang baru ko orang Tau ye siapa tun yg Selama Ni dihina dicaci dimaki hamun puak2 lahanat Ni..

  2. Bukan menfitnah…bila ada peruntukan untuk Kementerian Pertahanan dimana kamu bila negara perlukan duit maintenance aset2 seperti Jet Pejuang, Kereta Kebal, Artillery, Kapal selam yg x boleh menyelam, Kebajikan askar2. Dimana kamu? Konon agenda untuk memperkasakan Melayu, Walhal masing2 memperkasakan diri sendiri. Kamu dengan sedara kamu tu! Kami dah pekik kat bawah ini xnak dengar bila dpat balasan kata kami fitnah. Habis balasan tuhan tu fitnah ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.