Hitam-hitam sitampok manggis – Mari baca khasiat buah manggis

Warna ungu buah manggis juga sebenarnya mengandungi xanthones yang berfungsi sebagai antioksidan kepada tubuh manusia. [pakdin.my]

BUAH manggis bukan sahaja enak tetapi mempunyai pelbagai manfaat, sama ada isi mahupun kulitnya.

Dalam satu kajian yang dilakukan, ekstrak buah manggis menunjukkan ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan termasuk mampu mematikan bakteria serta melambatkan pertumbuhan beberapa jenis sel kanser.

Warna ungu buah manggis juga sebenarnya mengandungi xanthones yang berfungsi sebagai antioksidan kepada tubuh manusia.

Jom baca lebih lanjut mengenai khasiatnya.

1. Membantu menurunkan berat badan

Kajian dilakukan terhadap beberapa responden mendapati individu yang makan buah manggis sebanyak dua kali sehari selama lapan minggu mempunyai indeks tubuh lebih rendah.

2. Mengawal kadar gula dalam darah

Pengambilan 400 miligram (mg) suplemen ekstrak buah manggis setiap hari memberi kesan kepada peningkatan insulin untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah, selain ia mempunyai sumber serat yang cukup baik.

3. Meningkatkan sistem imuniasi badan

Vitamin C dan serat yang terkandung dalam buah manggis merupakan faktor penting untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh.

Kehadiran serat dalam manggis bermanfaat dalam memastikan bakteria baik untuk proses pencernaan selain vitamin C diperlukan agar sel-sel imunisasi tubuh mampu bekerja melawan penyakit.

Antioksidan yang terkandung didalamnya juga berfungsi sebagai antibakteria yang mampu mencegah jangkitan bakteria berbahaya.

4. Menjaga kesihatan kulit

Kajian berskala kecil yang dilakukan selama tiga bulan dengan memberikan 100mg ekstrak manggis setiap hari kepada responden mendapati masalah kulit pada wajah berkurangan secara mendadak.

Pengkaji memberitahu kandungan antioksidan dalam manggis merupakan faktor mempengaruhi dalam memberi perlindungan pada kulit selain melambatkan penuaan.

Loading...