HKR Iktiraf Idea Transformasi Najib

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

hkr keluar stadiumAkhirnya selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112), semuanya berjalan aman dan tenteram. Sekalipun HKR #KL112 gagal mengumpulkan sejuta orang, sekurang-kurangnya penganur dapat juga kutip wang derma lebih dari RM200,000.00 dari penyokong yang hadir.

Soal angka kehadiran berbeza sekejap 100,000 malah ada yang dakwa 150,000 ataupun 300,000 hatta 700,000 sekalipun, bukannya isu utama untuk diperdebatkan.

Yang penting HKR #KL112 sudah membuktikan kapasiti Stadium Merdeka yang cuma 30,000 itu dan kehadiran sebenar cuma 45,000 termasuk peserta atas padang dan di luar stadium, jika bijak dipropagandakan ramai juga yang akan terpedaya dengan temberang angka dan nombor yang bombastik.

Sehingga kini tiada kekecohan besar yang dilaporkan. Kalau ada pun cuma kejadian menumbuk rakan sepakatan semasa kedatangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang bertembung dengan ketibaan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di pintu utama Stadium Merdeka, itu sebetulnya sekadar manifestasi kejujuran sikap sesama penyokong PR sahaja.

Demikian halnya dengan penglibatan besar golongan LGBT, aktivis hak asasi manusia ala barat dan puak liberal dalam HKR #KL112, itu tidak mendatangkan aib pun kerana ia hanya satu kejujuran PR sebagai gabungan liberal yang mendukung agenda pluralisme.

Tak salah berlaku jujur menampakkan sikap dan dasar sebenar PR serta sesekali tumbuk kepala pengiring khas pemimpin PR, sedangkan adik beradik lagikan bergaduh, apa sangatlah tumbuk menumbuk sesama rakan dalam pakatan dan berhimpun bersama golongan pondan dan liberal, yak tak?

Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri pun teruja sehinggakan turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PR di atas kelancaran perjalanan HKR #KL112.

“Perhimpunan yang berlaku pada hari tersebut (Sabtu lalu) telah menunjukkan islah atau pembaharuan yang kita lakukan (kuatkuasakan APA) adalah amat tepat sekali. Tahniah di atas profesionalisme yang dipamerkan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Baru PM sedar dan tahu hakikat yang PR pun ada juga sikap warasnya yang mampu mengatasi angin gila pus-pus disamping berupaya juga untuk berkelakuan sopan macam manusia biasa yang lain, terutama sekali bila dah nak hampir PRU 13.

HKR #KL112 telah mengiktiraf perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh Najib kepada negara dan rakyat maka layaklah ucapan terima kasih itu ditujukan pada semua pimpinan pembangkang.

Secara ringkasnya HKR #KL112 telah membuktikan tanpa kerjasama dari pimpinan PR sukar untuk menjayakan idea transformasi PM khususnya dalam menjayakan Akta Pehimpunan Awam (APA 2012), betul tak?

BACA juga:

Leave a Reply