HKR #KL112 & Kanak-Kanak, Apa Bezanya Dengan Majlis PM?

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

HIDUP UMNO....Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Umno bersorak hidup Umno selepas Najib menyampaikan ucapan sempena majlis sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat.

Pakatan pembangkang kelihatannya seperti mati kutu dibuatnya apabila Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di Stadium Merdeka akhir minggu lepas mengundang kritikan ramai berikutan ramai kanak-kanak diperalatkan untuk meramaikan himpunan itu.

Tindakan mengheret kanak-kanak dalam perhimpunan politik seumpama itu bukan sahaja satu perlanggaran terhadap syarat Akta Perhimpunan Awam (APA 2012) tetapi ia juga memperlihatkan sikap tidak cakna PR terhadap untung nasib kanak-kanak.

Menyedari kritikan tersebut boleh menyebabkan sokongan khalayak kian menjunam, tak semena-mena PR melalui NGO proksi Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menuduh pihak berkuasa bertindak dwi standard apabila membenarkan kanak-kanak menyertai program bersama Perdana Menteri.

Rupanya PR & NGO proksinya itu gagal membezakan antara perhimpunan politik HKR #KL112 dengan program bertemu rakyat yang dihadiri PM.

Menjawab kekeliruan PR dan Mipas berhubung isu itu, seorang Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan & Jenayah dari UIA menjelaskan, akta APA 2012 hanya terpakai pada perhimpunan yang boleh mengundang risiko keselamatan kepada kanak-kanak.

Kenyataan tersebut ada kebenarannya, tambahan pula sejarah membuktikan banyak perhimpunan dan demonstrasi anjuran pembangkang atau yang dikelolakan oleh NGO-NGO pro PR, seringkali sinonim dengan huru hara dan tingkah laku liar pesertanya.

Lihat saja dalam demonstrasi Bersih 2.0, 3.0 dan Sambutan Ambang Merdeka, selain kenderaan polis diserang dan diterbalikkan, mereka mencabar arahan pihak polis serta sengaja menonjolkan sikap tidak bermoral seperti menayang punggung dikhalayak ramai dan mengganggu lalulintas.

Semua tingkah laku di atas tentu sahaja tidak hanya mendedahkan kanak-kanak kepada risiko kecederaan, malah tak mustahil boleh mempengaruhi pemikiran mereka untuk turut sama melakukan perbuatan tidak bermoral.

Selain itu, umum tentunya masih ingat pada akhir bulan Disember 2012 yang lepas, PR melalui sebuah NGO proksinya juga terlibat langsung memperalatkan kanak-kanak untuk turut serta dalam mogok lapar selama 100 jam.

Walaupun acara mogok lapar itu sehari dua kemudiannya didapati ramai peserta dan penganjurnya telah makan secara senyap-senyal di restoran dan hotel, namun tindakan melibatkan kanak-kanak dalam program yang membahayakan kesihatan dan nyawa itu sukar untuk diterima masyarakat.

Semua yang disebutkan di atas tidak pernah wujud dalam program politik anjuran BN mahupun majlis perjumpaan rakyat yang melibatkan PM. Inilah perbezaan besar yang agak ketara.

Manakala itu, dalam kebanyakan demonstrasi atau himpunan PR termasuklah yang terbaru HKR #KL112 juga agak sinonim dengan aktiviti berarak berjalan kaki sejauh beberapa kilometer sebelum berkumpul di sesatu tempat.

Tambah menjelikkan bila mana penganjur termasuk pemimpin PR tanpa rasa janggal boleh pula menaiki kenderaan 4×4 sambil menghambur kata-kata propaganda melalui pembesar suara sementara rakyat marhaen tercunggap-cunggap keletihan berjalan kaki demi menjayakan agenda politik PR.

Dalam keadaan panas terik mentari atau hujan lebat, membawa bersama bayi, kanak-kanak ataupun orang tua untuk berarak bukanlah tindakan yang bijak, sebaliknya merupakan satu bentuk penganiayaan yang sepatutnya dibanteras sama sekali.

Justeru itu, PR dan NGO proksinya perlulah sedar segala perbezaan ini dan belajarlah menghormati hak asasi bayi, kanak-kanak mahupun orang yang sudah tua.

Sesekali pimpinan PR serta NGO proksinya memperbetulkan kesalahan dan merendah diri mengakui kelemahan lebih baik daripada terus berlagak ego mengaitkan dan menyalahkan orang lain pula.

BACA juga:

Leave a Reply