27 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Hoki Cabaran Juara-Juara – Skuad Hoki Negara Di Tempat Ketiga

Pemain-pemain Malaysia meraikan kemenangan selepas menewaskan Ireland pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 2014 di Stadium Hoki Indera Mahkota di Kuantan, malam Ahad. Keputusan penuh Malaysia 4-2 Ireland
Pemain-pemain Malaysia meraikan kemenangan selepas menewaskan Ireland pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 2014 di Stadium Hoki Indera Mahkota di Kuantan, malam Ahad. Keputusan penuh Malaysia 4-2 Ireland

KUANTAN: Malaysia melakarkan sejarah dalam siri Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 apabila menduduki tempat ketiga setelah mengalahkan Ireland 4-2 pada perlawanan menentukan kedudukan di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini, malam Ahad.

Walaupun gagal menepati sasaran ke final, namun pencapaian tempat ketiga merupakan yang terbaik selepas meraih tempat keempat pada edisi 2001 di Kuala Lumpur dan 2012 di Quilmes, Argentina.

Malaysia, yang menduduki ranking ke-13 dunia, memulakan perlawanan dengan penuh bersemangat dan agresif untuk mendahului 2-1 pada babak pertama.

Malaysia membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi pukulan penalti yang disempurnakan oleh Ahmad Kazamirul Nasruddin sebelum Muhammad Rashid Baharom menggandakan jaringan menerusi gol padang pada minit ke-11.

Ireland, yang menduduki ranking ke-15 dunia, berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh Paul Gleghorne pada minit ke-22.

Pada babak kedua, Ireland berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-43, hasil gol padang oleh pemain berpengalaman Chris Cargo.

Kegembiran skuad bimbingan Fulton Craig itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila kapten pasukan negara Azlan Misron menjaringkan gol padang pada minit ke-66.

Empat minit kemudian, Muhammad Firhan Ashari mengesahkan kemenangan negara menerusi jaringan gol padang.


Jurulatih negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah berkata walaupun gagal ke final beliau berpuashati dengan persembahan anak buahnya yang dilihat bersungguh-sungguh untuk mencari kemenangan.

Malaysia gagal mara ke final selepas diaibkan Kanada 5-4 menerusi pukulan penalti selepas terikat 2-2 pada aksi separuh akhir pada Sabtu.

“Semua pemain kecewa dengan kegagalan semalam namun mereka bangkit bermain secara bersungguh-sungguh pada malam ini biarpun Ireland berjaya menyamakan kedudukan.

“Hari ini pemain negara mampu mengekalkan fokus hingga tamat perlawanan apabila Malaysia kembali menguasai perlawanan pada babak terakhir perlawanan dengan dua jaringan dalam tempoh lima minit,” katanya.

Dharmaraj berkata, semangat tersebut yang diperlukan oleh pasukan negara bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, dari 31 Mei hingga 15 Jun ini.

Beliau berkata, agak susah baginya untuk memilih barisan utama yang akan menggalas cabaran besar di Belanda nanti dan tidak perubahan yang mampu dilakukan oleh pasukan dalam masa singkat.

“Jika ada perubahan…mungkin hanya perubahan kecil kerana kita tidak cukup masa dan pilihan pemain,” katanya.

Pada perlawanan penentuan sebelum ini, Jepun mengalahkan Poland 3-2 bagi merebut tempat ketujuh sementara New Zealand pula menduduki tempat kelima selepas mengalahkan Perancis 6-3.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...