30 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Hoki: Malaysia juara belasah Poland 8-0

Mara Ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2015

hoki-malaysia-poland

Malaysia muncul juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL) 2015 selepas membelasah Poland 8-0 pada perlawanan akhir, sekali gus mara ke Separuh Akhir WHL yang dijadualkan pada Jun ini.

Ketua pasukan Muhammad Razie Abdul Rahim muncul wira Malaysia pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Sengkang di sini Ahad, apabila menjaringkan ‘hat-trick’.

Malaysia tidak menunggu lama untuk berada di hadapan menerusi jaringan Faizal Saari pada minit ketiga sebelum Muhammad Razie menggandakan jaringan, kedua-duanya menerusi pukulan sudut penalti, selang empat minit kemudian.

Muhammad Razie terus bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol ketiga Malaysia pada minit ke-21 menerusi pukulan sudut penalti, sebelum Faizal Saari melebarkan jaringan pada minit ke-33.

Sorakan penyokong negara yang membanjiri stadium ternyata menaikkan semangat pemain Malaysia untuk menambahkan jaringan pada minit ke-42 menerusi Nabil Fiqri Mohd Noor dan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil pada minit ke-48.

Pemain muda, Muhammad Haziq Samsul turut melakar nama dalam senarai penjaring apabila menyumbat masuk gol ketujuh Malaysia pada minit ke-54.

Muhammad Razie melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia dengan menjaringkan gol ketiga peribadi yang juga gol kelapan pasukan negara, enam minit kemudian.


Jurulatih negara Tai Beng Hai berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang menampilkan corak permainan berbeza hari ini, berbanding ketika berdepan Jepun pada separuh akhir pada Sabtu.

“Kita melakukan pembaharuan dalam teknik permainan hari ini. Mereka bermain dengan begitu bagus dan memberi komitmen yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Razie berkata, tidak menjangka pasukan negara berjaya mencatat kemenangan besar ke atas Poland yang sebelum ini mempamerkan pretasi yang baik pada kejohanan tersebut.

“Mungkin disebabkan kita memberi fokus 100 peratus selepas mencatat kemenangan tipis ke atas Jepun semalam…pada perlawanan hari ini, kita bermain lebih berhati-hati,” katanya.

Dalam pada itu, biarpun tewas, Poland turut mengiringi Malaysia ke saingan Separuh Akhir WHL 2015 bersama-sama Jepun yang menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan Oman 4-0.

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) belum menetapkan venue saingan Separuh Akhir WHL 2015 sama ada di Belgium atau Argentina.

Faizal Saari yang menjaringkan keseluruhan 12 gol menerima anugerah penjaring terbanyak dan pemain terbaik kejohanan berkenaan.

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...