25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Hormat Autonomi UMNO Sabah, Zahid Terima Perlantikan Ketua Menteri Dari Bersatu

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini, menghormati keputusan UMNO Sabah untuk menerima pencalonan pemimpin Bersatu sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru – walaupun ia bertentangan dengan pendirian awal beliau yang mahu seorang Ketua Menteri dilantik dari kalangan wakil rakyat BN dalam pilihanraya negeri ke 16 yang lepas.

Pendirian awal Zahid sebelum ini berikutan kedudukan BN sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan 14 kerusi, berbanding 11 PPBM, 6 STAR dan 7 PBS.

Katanya, “Saya dimaklumkan oleh Pengerusi BN Sabah, YB Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat, di kalangan ADUN-ADUN GRS yang menang, akhirnya bersepakat untuk mencalonkan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor, demi memastikan kepentingan rakyat Sabah terus diperjuangkan setelah diabaikan kerajaan Warisan sebelum ini”.

Perubahan pendirian ini jelas beliau, adalah selari dengan dasar autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.

Zahid di akhir kenyataan tersebut, turut berdoa semoga kerajaan Sabah yang baru dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana termaktub dalam Akujanji GRS.

UMNO Sabah secara rasminya boleh menentukan hala tuju perjuangan sendiri setelah usul berkaitan kuasa autonomi UMNO di negeri itu diluluskan ketika pindaan usul mesyuarat khas bersempena Persidangan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) yang lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika itu berkata, autonomi tersebut memaktubkan kewujudan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti politik yang berautonomi kerana hanya orang Sabah yang lebih arif akan masalah dan perkara yang boleh dilakukan di negeri itu.

Autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah telah dilaksanakan buat pertama kalinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis apabila soal pemilihan calon ditentukan oleh UMNO negeri berkenaan.






Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan