33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Hormat PM, peniaga nasi vanggey jamin tidak naikkan harga #Bajet2017

IPOH – “Saya tidak akan menaikkan harga sebagai tanda menghormati Perdana Menteri”, demikian jaminan pengusaha ‘Nasi Vanggey’ yang popular di sini, Mohammad Nihmathullah Syed Mustafa.

Mohammad Nihmathullah berkata, beliau amat berbangga dan berbesar hati apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan nasi di kedainya contoh kepada makanan yang sedap dan murah.

“Perasaan saya amat gembira sekali apabila PM menjadikan kedai saya contoh untuk mendapatkan makanan yang murah tapi sedap, ini satu penghormatan dan penghargaan yang tak terhingga bagi saya.

“Apabila PM sendiri sudah berkata begitu saya akan cuba sedaya upaya saya untuk tidak menaikkan harga sebagai tanda menghormati beliau,” katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2017 memberikan contoh bahawa ‘Nasi Vanggey’ atau lebih dikenali nasi ganja iaitu sejenis nasi kandar merupakan sajian yang sedap dan harga ‘boleh tahan’.

Bagi sepinggan nasi, lengkap dengan lauk ayam dan sayur dijual pada harga RM4.80, manakala jika ditambah telur masin menjadi RM5.50.

Mohammad Nihmathullah juga berterima kasih kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta semua pelanggan yang memberi sokongan sehingga sajiannnya dikenali seluruh dunia.

“Pelanggan bukan sahaja dari dalam negara malah luar negara, setiap hari ada sahaja pelanggan baharu datang mencuba makanan di sini.

“Saya percaya dengan menggunakan restoran saya sebagai restoran contoh sudah pasti lebih ramai akan datang ke sini seterusnya menjadi tarikan pelancong,” katanya.

‘Nasi Vanggey’ yang terletak di Jalan Yang Kalsom di sini merupakan satu destinasi wajib dikunjungi apabila datang ke Perak.

Makanan itu juga mendapat perhatian Perdana Menteri ketika menyampaikan Amanat Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 30 Ogos lalu yang menjadikannnya sebagai contoh Detik Kebersatuan.

Ini kerana nasi tersebut dijual oleh seorang India Muslim yang beroperasi di restoran milik orang Cina, manakala pelanggan terdiri daripada pelbagai kaum yang jelas menterjemahkan konsep kebersatuan.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan