Hormati keputusan Peguam Negara – UMNO Johor - pakdin.my

johor-zahid hamidi-umno

JOHOR BAHRU – Badan Perhubungan UMNO Johor menerima keputusan Peguam Negara berhubung siasatan terhadap Perdana Menteri dan berharap keputusan tersebut akan dihormati semua pihak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sejak beberapa bulan lalu, banyak masa, tenaga dan perhatian telah dicurahkan untuk menjelaskan dan menjernihkan kemelut tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra dan Perjumpaan Tertutup UMNO Johor Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan lebih 1,000 ahli serta pemimpin di peringkat akar umbi.

UTAMAPOLITIKHormati keputusan Peguam Negara - UMNO Johor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium