23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

#HPU914: Kerjasama UMNO-PAS wujudkan gerakan politik perkauman melampau

SUNGAI BULOH – Pakatan Harapan (PH) Selangor menyuarakan rasa bimbang berikutan akan wujud gerakan politik perkauman ‘melampau’ di negara ini dengan penyatuan kerjasama politik antara UMNO dan PAS.

Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari berkata perkara itu boleh berlaku menerusi piagam yang dimaterai antara dua parti politik berkenaan, hari ini.

“Mereka akan mencipta politik perkauman dan (berlaku) gerakan politik perkauman melampau.

“Saya bimbang itu berlaku walaupun mereka ada asas perlembagaan tetapi saya harap mereka tidak melampau dalam mengetengahkan perjuangan politik mereka, ” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Rumah Selangorku, Hibiscus 3, kepada 270 pemilik rumah dalam satu majlis di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata penyatuan dua parti politik terbesar orang Melayu pada Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini, turut disifatkan tidak asli untuk orang Melayu.

“Mereka sebagai sebuah parti layak bergabung dan masing-masing ada misi politik masing-masing tetapi penyatuan itu dan konteks mereka itu bukan asli sebab bagi saya orang Melayu pun ada dalam parti lain-lain di negara ini,” katanya.

UMNO dan PAS dilaporkan memeterai perjanjian kerjasama itu yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional dengan ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid (UMNO) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS).- BERNAMA






Berita Berkaitan

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan