HSR: Projek tiada kaitan dengan saya tapi kroni orang lain – Najib - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya beliau kecewa projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ditangguhkan kerana kroninya terbabit dalam projek berkenaan.

Katanya, dakwaan mengatakan Gamuda Berhad (GAMUDA), Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), TH Properties Sdn Bhd (TH Properties) dan YTL Corporation (YTL) yang didakwa terbabit dalam projek HSR sebagai kroninya, adalah pelik memandangkan pemegang saham keempat-empat syarikat itu tiada kaitan dengannya.

“Pemegang saham terbesar GAMUDA ialah KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), selain Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW).

“KWSP juga pemilik saham terbesar MRCB, manakala TH Properties dimiliki Tabung Haji.

“YTL pula bukan pun terkenal sebagai ‘kroni’ ataupun proksi saya, tetapi sering dikaitkan dengan seorang individu lain.

“Bagaimana empat syarikat berkenan didakwa sebagai kroni saya, saya pun pelik,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek HSR sehingga 31 Mei 2020.

Ketika majlis menandatangani Surat Sampingan HSR Rabu lalu, Mohamed Azmin berkata, Malaysia dikehendaki membayar kos sebanyak S$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura sebelum Januari tahun depan berikutan penangguhan terbabit.

Mengulas lanjut, Najib turut mempersoalkan dakwaan Mohamed Azmin dalam ceramahnya semalam, mengatakan kos projek HSR melambung kerana terdapat banyak elemen rasuah.

Katanya, bagaimana Mohamed Azmin boleh mendakwa banyak unsur rasuah dalam projek berkenaan sedangkan proses tender terbuka antarabangsa yang akan diputuskan bersama Singapura, belum ditutup dan masih berjalan.

“Kepentingan saya dalam projek HSR hanya satu. Saya percaya projek ini ada impak besar kepada masa depan dan ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara, di mana ibu kota untuk dua negara akan dihubungkan dan dapat saling merancakkan negara masing-masing.

“Saya harap rakyat boleh selidik dengan sedikit mendalam dan tidak lagi mudah terperdaya dengan propaganda yang tidak berasas.

“Kita bukan ‘uneducated’ (tidak berpelajaran) seperti digelar baru-baru ini oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” katanya.

………….
https://pakdin.my/tag/hsr

Azmin: S’pura setuju tangguh HSR tanpa pampasan
https://m.malaysiakini.com/news/441452

Azmin: Malaysia need not compensate Singapore over postponed HSR project
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/03/azmin-malaysia-need-not-compensate-singapore-over-postponed-hsr-project/

HSR ditangguh hingga 2020, k’jaan bayar kos RM45 juta
https://m.malaysiakini.com/news/441799

Malaysia will pay Singapore S$15 mln (RM45.12 mln) as abortive cost for deferment of HSR project by January 2019 – https://twitter.com/bernamadotcom/status/1037246312771547136?s=19

Singapura, Malaysia bersetuju untuk menangguhkan HSR selama dua tahun; tiada bayaran penalti RM500 juta – Azmin
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217557443956825&id=1499194213

UTAMAEKONOMIHSR: Projek tiada kaitan dengan saya tapi kroni orang lain - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium