HSR: Singapura nafi Pegawai kanan rasmi berjumpa Azmin Ali (edisi kantoi) - pakdin.my

#UneducatedMinister #UneducatedMacaiPH

Kementerian Pengangkutan Singapura menafikan Menteri ekonomi Malaysia Datuk Seri Azmin Ali telah bertemu seorang “pegawai kanannya” di republik itu bagi membincangkan projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Seorang jurucakap kementerian itu berkata tiada pertemuan telah diadakan atau telah dijadualkan antara Azmin dan pegawainya.

“Setakat 6 Ogos 2018, kerajaan Malaysia masih tidak membuat penjelasan yang diminta Singapura dan tidak berhubung berkaitan cadangan tarikh untuk perbincangan itu,” menurut jurucakap seperti dilaporkan Today Online.

Semalam, Azmin memberitahu pemberita di parlimen bahawa beliau telah bertemu dengan beberapa pegawai di Singapura bagi membincangkan isu HSR.

Pertemuan itu dibuat ketika beliau melawat Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Tassin yang sedang mendapatkan rawatan di negara itu.

Azmin berkata pertemuan itu “amat positif”.

Beliau juga berkata pertemuan rasmi berkaitan perkara itu akan dibuat dalam tempoh sebulan dan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasminya tidak lama lagi.

Singapura telah menuntut keputusan rasmi Putrajaya berkaitan HSR sejak Jun lalu.

https://www.malaysiakini.com/news/437748

…………….

HSR: Azmin temui pegawai kanan rasmi Singapura

KUALA LUMPUR – Perbincangan antara Malaysia dan Singapura mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan diadakan pada bulan ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Mesyuarat rasmi berlangsung pada Ogos.

“Semalam, saya ke Singapura melawat Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), dan saya ambil peluang bertemu pegawai kanan rasmi Singapura untuk berbincang mengenai HSR. Ia berlangsung dengan positif,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, kerajaan Malaysia akan berunding dengan Singapura untuk menangguhkan pelaksanaan projek HSR.

Kerajaan PH juga mendedahkan kos sebenar landasan kereta api sepanjang 350km yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura itu ialah RM110 bilion, sekali ganda daripada RM55 bilion yang diumumkan pentadbiran BN sebelum ini. – Bernama

……………
https://pakdin.my/tag/hsr
https://pakdin.my/tag/azmin-ali

UTAMAPOLITIKHSR: Singapura nafi Pegawai kanan rasmi berjumpa Azmin Ali (edisi kantoi)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium