25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Hua Zong minta Mahathir wujudkan jawatan TPM untuk wakil Cina

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) mencadangkan supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mewujudkan satu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk diisi oleh wakil Cina.

Memetik laporan portal berita semalam, Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah turut mencadangkan supaya wakil keturunan Cina dilantik bagi jawatan menteri atau timbalan menteri di beberapa kementerian yang dianggap penting.

Antara kementerian itu adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kewangan, Pendidikan dan Dalam Negeri.

Beliau berkata, Hua Zong turut meminta kerajaan mengotakan semua janji pilihan raya termasuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol lebuh raya, serta mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Jelas Yin Huah, beliau percaya Mahathir tidak akan berdepan masalah untuk memimpin negara berdasarkan pengalaman selama lebih 20 tahun Mahathir sebagai perdana menteri sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Vincent Lau menggesa kerajaan supaya segera mengiktiraf UEC.

“Kami sedia berbincang dengan pihak berkenaan tentang isu pengiktirafan UEC, peruntukan sistematik kepada sekolah Cina serta masalah lain melibatkan sekolah aliran ini,” katanya.

Manakala Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) dalam satu kenyataan, menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu bagi mewujudkan suasana mesra perniagaan, mengurangkan kos niaga serta merancakkan kemajuan ekonomi di negara ini.

“Kami percaya kerajaan akan melaksanakan lebih banyak dasar terbuka dan adil yang akan memberi manfaat kepada rakyat pelbagai kaum,” katanya.

————-
https://pakdin.my/tag/cina






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan