Hubungan antara agama dan politik….

Agama adalah asas, siasah (politik) adalah penjaganya. Barang yang tidak ada asas ia akan runtuh dan barang yang tidak ada penjaga akan hilang. (Imam al Ghazali)

Adalah penting untuk kita faham bahawa agama (Islam) tanpa kuasa politik yang menjaganya akan hilang, manakala politik tanpa asas agama adalah politik yang runtuh dan meruntuhkan.

Pada saat ini kita menyaksikan perdebatan dan penghujahan politik yang panas di kalangan anak-anak muda kita di Malaysia. Di sana wujudnya perbezaan yang sangat ketara di antara mereka yang melihat politik dan negara dari perspektif Islam dengan mereka yang memandangnya dari perspektif liberal sekular (Barat).

Pencinta Islam dan umat yang prihatin akan menilai dari sudut politik atau kuasa yang menjaga agama Islam dan kedaulatan umat Islam serta bangsa Melayu yang mendokongnya, manakala golongan liberal sekular membuang kepentingan menjaga agama dan bangsa dari pertimbangan politik mereka.

Umat yang prihatin bersama pencinta Islam akan menangisi nasib agama dan umat yang kehilangan kuasa dalam politik sebaliknya golongan liberal sekular tidak kisah kerana semua agama dan bangsa sama sahaja nilaiannya di sisi mereka.

Betullah kata Imam Ghazali, politik umat Islam tanpa berpaut dengan agama akan runtuh, manakala agama Islam tanpa kuasa politik akan hilang sedikit demi sedikit..

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.