Home / :: BLOG :: / HUBUNGAN PKR-AMANAH: BAGAI RETAK MENANTI BELAH?

HUBUNGAN PKR-AMANAH: BAGAI RETAK MENANTI BELAH?


https://youtu.be/Kvfcy77pi7M

Mengikut Fasal 3.3 dan Fasal 3.4 Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani pada 9 Januari 2016, hendaklah wujud dalam Pakatan Harapan itu “sebuah Badan Perantara (yang) dilantik oleh Majlis Presiden” di mana badan yang dianggotai oleh seorang wakil dari setiap parti ini berfungsi “untuk mendamaikan pihak yang mempunyai pertikaian di dalam Pakatan Harapan dengan mencari penyelesaian yang paling adil kepada pihak dan parti terbabit setelah aduan mengikut Fasal 3.2 dirujuk kepadanya”.

Mengikut Fasal 3.2 Perjanjian Pakatan Harapan ini pula, “setiap anggota dari setiap parti berhak membuat aduan terhadap anggota dari parti lain di dalam Pakatan Harapan sekiranya perbuatan anggota parti lain itu melanggar peruntukan-peruntukan Fasal 2.2 dan Fasa 2.3 sehingga mengakibatkan kerugian, memalukan atau mencemar nama baik anggota atau parti yang membuat aduan itu.”

Semalam, beberapa perbuatan yang mengakibatkan kerugian, memalukan dan mencemar nama baik anggota AMANAH dan PKR sebagai pemimpin parti politik serta nama baik AMANAH dan PKR sebagai parti politik telah dilakukan oleh kedua-dua pemimpin PKR dan AMANAH.

Ia bermula dari tindakan Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menggelarkan AMANAH sebagai pembohong dan tidak AMANAH yang diikuti oleh tindakan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Ramli, menggelarkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai badut yang tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor.

Terbaru adalah tindakan Pegawai Khas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Muhammad Hilman Idham, yang menggelarkan AMANAH sebagai “parti 2 peratus” dan tindakan Timbalan Ketua AMK Pusat yang juga Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, yang menggelarkan AMANAH sebagai “parti 1.4-1.5 peratus”.

Perbuatan gelar-menggelar yang sudah bertukar menjadi hina-menghina antara pemimpin PKR dan AMANAH ini memberikan imej yang sangat tidak baik terhadap kesatuan politik dalam Pakatan Harapan di mana Pakatan Harapan seolah-olah langsung tidak mempunyai sebarang mekanisme untuk mendisiplinkan ahli-ahlinya.

Benar, Perjanjian Pakatan Harapan memberi hak kepada setiap anggota dari setiap parti untuk membuat aduan terhadap anggota dari parti lain melalui Badan Perantara, tetapi malangnya sehingga kini Badan Perantara ini tidak diketahui telah diwujudkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan menyebabkan aduan begini tidak dapat dibuat di samping tiadanya tindakan proaktif dari pimpinan tertinggi Pakatan Harapan sendiri untuk menyelesaikan pertikaian.

Bila gelar-menggelar sudah bertukar nada menjadi hina-menghina, alamatnya hubungan kedua-dua parti politik ini bagai retak menanti belahlah.

Ini kerana hanya parti politik yang tidak bermaruah sahaja yang ahli-ahlinya sanggup membiarkan parti mereka dihina sesuka hati.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
3 Februari 2018

(Visited 17 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Kos operasi penternakan ayam meningkat selepas rejim PH memerintah kata persatuan

Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.

15 comments

  1. Zahari Alang Man Seremban

    Tak lama tu, politik ph dalam poket saya ni, itu semua saya boleh baca punya…

  2. Mahamud Ismail

    Haha politik matang,gitu la..bkan plitik yess boss..biasa gadoh adek bradik

  3. Abam Ensem

    Politik ph ni mmg mcm ni,yg sebenarnya puak2 ni bukan percaya satu sama lain pn… lebih ke nak jatuhkan kerajaan yg sedia ada je yg lain2 tolak tepi dlu

  4. Khairul Anuar Ismail

    Amanah ni dgn dap je dia sayang peluk2

  5. Abd Manaf

    Hai ya lanti bos busat malak ooooiii

  6. Faris Shah

    Ph biasa gaduh adik beradik mcm langkah kajang ke turun mb selagor dulu, 2 gaduh tikam kawan sndri

  7. Othman Arshad

    Kita tengok Mat Sabun nak mengadu kat siapa. ??????

  8. Mohd Fauzi

    Kebenaran jelas kelihatan pemimpin deformasi apabila mencari kawasan selamat takut periok nasib ditutup. Ini menggambarkan perjuangan mereka hanya utk keluarga serta sanak saudara dan kroni. ??

  9. Shamz Matt

    Alhamdulillah dah retak terbelah. Nak tunggu dia berkecai dan bersepai keatas tanah. Lagi cepat lagi bagusss.

  10. Sofea Hepi Gaden

    Pan idung kemek masih nk tersorong sorong..
    PH dh xperlukan dia..dia buat xreti

  11. Seri Ubi

    Dah nak retak pun masih yg terkial2 sambut dan menatang dia lagi..fikir2kan lah wahai rakyat..jgn nak ikut telunjuk orng2 yg sebegini…

  12. Shyfull

    Bende boleh setel Kalo bawak ke jamban

  13. Yusoff Aziz

    Labtak kau lah
    Ini hasil dari makan dedak dap, jiwa kacau dan dunia jadi keutamanan

  14. Izhar Ali

    Hai yoooo sula gaduh kaaaa amakkkk

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: