Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Hudud: Adakah niat DAP mahu PAS singkir Presidennya? – Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Tuduhan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang pengkhianat dalam Pakatan Rakyat (PR) dikecam Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Malah, Ahli Parlimen PAS Pasir Mas itu menyifatkan Guan Eng juga tidak berakhlak apabila membuat kenyataan seolah-olah menggesa PAS menyingkirkan Presiden parti itu sendiri.

“Sepatutnya dia bercakap dengan lebih jelas, (adakah) dia tak nak itu adalah Presiden PAS, iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Kalau boleh saya sebut, itu adalah (supaya timbul masalah_ dalaman PAS supaya dikocak untuk menolak Tuan Guru daripada PR, DAP secara berlapiknya telah mencampuri urusan dalaman PAS, dan ia adalah satu perkara yang tidak berakhlak,” ujarnya.

Beliau mengulas keputusan DAP memutuskan semua hubungan dengan Presiden PAS itu ekoran hasrat PAS membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud di Parlimen.

Nik Abduh sebaliknya menggesa DAP yang keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

Ini kerana jelas beliau, PAS sudah menyatakan pendirian dengan tegas bahawa parti tersebut tidak akan keluar daripada PR.

“Kita dah jelaskan, kita kekal dalam Pakatan Rakyat , DAP suruh orang keluar, baik dia keluar sendiri, PAS dah buat pendirian jelas dimana kita tidak akan tinggalkan Pakatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Selasa.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu percaya DAP telah tersalah anggap berhubung isu hudud.

“Hudud ini adalah untuk rakyat Kelantan, ini adalah untuk Kelantan dan hudud tak boleh dijadikan alasan sebab hudud tak zalim.

“Kalau DAP anggap enakmen jenayah ini punca perpecahan itu salah DAP,” tegasnya.

Berkaitan