Hudud: DAP adakan mesyuarat tergempar - pakdin.my

hudud pakatan pembangkang

Parti DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar Khamis ini bagi membincangkan kedudukan dan pendirian berhubung tindakan Pas membentangkan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, pemimpin DAP Pusat akan membenarkan pe­mimpin parti di peringkat negeri dan nasional menyatakan pandangan mereka berkenaan hal itu secara peribadi atau terbuka untuk dibincangkan.

Pada masa sama, beliau meng­ulangi rasa marah dan dikhianati pemimpin Pas Kelantan yang disifatkan tidak amanah terhadap konsensus dan dasar bersama pakatan pembangkang.

Malah, beliau memberi peringatan yang Pas Kelantan harus menanggung sendiri nasib mereka di tangan pengundi di negeri itu selain mengingatkan soko­ngan bukan Islam yang masih berbaki terhadap Pas sudah hilang sepenuhnya.

Guang Eng turut mempersoalkan sama ada DAP boleh meneruskan kerjasama dengan beberapa pemimpin Pas di platform nasional pakatan pembangkang yang disifatkan tidak amanah dan mengkhianati.

“Isunya sekarang bukan sekadar berkenaan undang-undang hudud, yang dari sudut prinsip dan dasar sememangnya dibantah oleh DAP, tetapi juga persoalan kepercayaan dan kejujuran beberapa pimpinan Pas di peringkat nasional dan bagaimana mereka berpegang kepada janji,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam pembentangan rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara Sidang DUN Kelantan dengan kesemua 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 31 daripada Pas; 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen tersebut diluluskan.

UTAMAPOLITIKHudud: DAP adakan mesyuarat tergempar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium