Hudud Hanya Akan Dilaksana Jika PAS Menang Majoriti – Bertanding 66/222 Kerusi Parlimen - pakdin.my

Hukum hudud boleh dilaksanakan di Malaysia sekiranya PAS berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen berbanding DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Mahfooz Mohamed berkata, suara majoriti wakil rakyat PAS di Parlimen akan lebih dari memadai untuk memastikan hukum Islam itu dilaksanakan di negara ini.

“Telah ditegaskan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bahawa kita akan laksanakan hudud dengan sistem demokrasi di Malaysia. Maknanya jika kita menang banyak, ramai wakil rakyat parti kita (di Parlimen), maka tidak mustahil hudud boleh dilaksanakan di Malaysia.

“Tapi dengan syarat PAS mesti menang banyak, menang majoriti dibandingkan dengan rakan kita dalam pakatan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, Ahad.

Isu hudud menjadi polemik yang tidak berkesudahan antara PAS dan DAP.

Bagaimanapun media pada Sabtu melaporkan bahawa Abdul Hadi berkata polemik isu hudud yang diperjuangkan PAS sudah diselesaikan dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya, komponen pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil pendirian ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ terhadap isu berkenaan.

UTAMAPOLITIKHudud Hanya Akan Dilaksana Jika PAS Menang Majoriti - Bertanding 66/222 Kerusi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium