Hudud: Kenyataan Teng Bersifat Peribadi – Azmin

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Indekos diduga tempat prostitusi digerebek di Jakarta Timur

Sudah langsung kita segel, sekarang masih proses penyelidikan Jakarta (ANTARA)...

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

‘Herd Immunity’ Not Relevant if Virus is Endemic – Khairy

National Covid-19 Immunisation Programme (NIP) Coordinating Minister Khairy...

hudud pakatan pembangkang

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan anggota Exco negeri daripada DAP, Datuk Teng Chang Kim bahawa PAS harus meninggalkan Pakatan Rakyat jika gagal menunaikan janji untuk tidak menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, merupakan pendapat peribadinya.

Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata kenyataan Teng tidak menggambarkan pendirian Pakatan Rakyat berhubung undang-undang Islam sambil menambah sebarang cadangan atau pendapat mengenai hudud akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Kebiasaannya, perkara ini (Hudud) hanya akan diputuskan selepas mendapat konsensus daripada semua komponen parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Zon Bersih Mini anjuran Majlis Bandar Raya Shah Alam di sini, Isnin malam.

Teng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang melalui laman Facebooknya semasa mengulas desakan PAS melaksanakan hudud di Kelantan berkata, “sekiranya kamu tidak dapat berpegang kepada janji untuk tidak menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud semasa bersama Pakatan Rakyat, lebih baik keluar.”

BACA juga:

Leave a Reply