Hudud: PAS bertekad bawa usul ke parlimen - pakdin.my

nik-amar-hudud

PAS Kelantan tetap akan cuba mendapatkan kelulusan bagi Rang Undang-Undang Persendiriannya di Dewan Rakyat sekalipun diakui sukar oleh dua dua menteri persekutuan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, apa yang penting ialah PAS mencuba melakukannya.

“Kami akan meneruskan sepertimana perancangan. Soalan samada ia akan mendapat kelulusan atau sebaliknya adalah perkara lain,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjawap apabila ditanya samada sokongan yang dinyatakan UMNO sebelum ini adalah muslihat untuk memerangkap PAS meninggalkan pakatan pembangkang.

“Apa yang penting ialah kami mencuba. Mengenai sokongan UMNO, kena tanya Nazrilah,” katanya.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam mendakwa ussaha melaksanakan undang-undang itu adalah tindakan sia-sia kerana kanun jenayah syariah Islam itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Usul itu katanya, tidak akan mendapat sokongan daripada parlimen.

Pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menyatakan pandangan yang selari dengan ulasan Nazri.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 pada 19 Mac lalu.

Penolakan DAP dan PKR meletakkan PAS dengan 21 ahli parlimen terpaksa mengharapkan sokongan kesemua ahli parlimen UMNO serta parti bukan Islam untuk mendapatkan bilangan 112 majoriti mudah untuk rang undang-undang itu diluluskan.

UTAMAPOLITIKHudud: PAS bertekad bawa usul ke parlimen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium