25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Hudud: PAS perlu rebut peluang yang dibuka UMNO

nik-amar-hudud

Kerajaan Pusat atau UMNO telah membuka laluan kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dan peluang tersebut perlu direbut.

Timbalan Pesuruh Jaya I PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua pihak di dalam PAS perlu melihat secara positif sokongan Kerajaan Pusat kepada usaha kerajaan negeri Kelantan.

“Kita pergi dalam cerah bukan gelap (perbincangan jawatankuasa teknikal hudud antara negeri dan Pusat), kalau Pusat hendak tipu juga tidak boleh buat apa, yang penting kita usaha.

“Walaupun UMNO musuh politik kita, namun sampai satu tahap, wakil Barisan Nasional (BN) menangis sokong hudud pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini,” katanya.

PAS Kelantan katanya, mengakui parti itu memerlukan kerjasama dan sokongan UMNO dalam usaha merealisasikan hasrat melaksanakan hukum hudud.

Beliau turut membidas sesetengah pihak di dalam PAS yang berterusan meragui kerjasama PAS negeri dan UMNO berhubung soal hudud.

“Ada dalam kalangan orang kita sendiri kata (PAS) sudah masuk perangkap UMNO dan kena tipu dengan UMNO. Saya hendak jelaskan, kenapa kita buat kira dengan UMNO sebab UMNO ada kunci sebagai pemegang kuasa politik di negara ini.

“Dulu ada dalam kalangan kita masa bincang soal royalti minyak di Kelantan, kerjasama dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah), bawa Ku Li pergi ceramah di stadium atas pentas PAS, sampai tahap itu percaya kat UMNO, kenapa sekarang kita bincang pasal hudud jadi isu besar. Kenapa persoalkan, barang itu,” tegasnya yang juga Timbalan Menteri Besar sewaktu menyampaikan ceramah penerangan hudud di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik), Khamis malam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan terbabit agar menyokong usaha Kerajaan PAS Kelantan dan mendapatkan penjelasan kepemimpinan kerajaan negeri seandainya tidak bersetuju dengan usaha itu.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.