Hudud: Pejabat Perdana Menteri Nafi Najib Keluar Kenyataan

kenyataan-palsu-perdana-menteri 300

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pelaksanaan hukum Hudud.

Perkara itu dijelaskan melalui laman Twitter ‘Msia PM Press Office’ @PMOMalaysia.

“Pejabat PM ingin menafikan bahawa PM @NajibRazak telah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud hari ini”, katanya.

Menurutnya, paparan kenyataan kononnya oleh Najib yang tersebar dalam aplikasi ‘Whatsapp’ dan media sosial mengenai perkara itu adalah palsu.

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.