23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Hudud : Pendirian DAP Tetap, Konsisten

Kuala Lumpur : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pendirian DAP bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular adalah tetap dan konsisten.

Sehubungan itu, kata beliau, hukum hudud tidak akan dilaksanakan jika pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia bukan dasar pakatan itu.

Ia kenyataan pertama Kit Siang berhubung isu hudud dan dilihat sebagai ‘serangan’ balas kepada kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada satu majlis anjuran DAP Pasir Pinji Rabu lalu dan teks ucapannya diterbitkan dalam blognya, limkitsiang.com hari ini.

Dalam entri tersebut, pemimpin kanan DAP itu memberitahu, hudud hanya boleh dilaksanakan jika ketiga-tiga parti komponen pembangkang mencapai persetujuan konsensus.

“Kepimpinan pakatan pembangkang sudah berulang kali menekankan bahawa perlaksanaan hukum hudud (yang diperjuangkan PAS) bukan sebahagian daripada dasar dan polisi yang dipersetujui pakatan pembangkang.

“Ini bererti jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dan membentuk Kerajaan Persekutuan untuk tempoh lima tahun akan datang, hudud bukan sebahagian daripada program yang akan dilaksanakan,” katanya sebagaimana dipetik daripada limkitsiang.com.

“Kami berpegang teguh kepada prinsip fundemental kami bahawa negara Islam dan hukum hudud adalah tidak sesuai bagi Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk.

“Kami tidak menyorok prinsip dan kepercayaan fundamental kami, sama ada daripada Pas atau parti-parti politik lain atau rakyat Malaysia.

“Kami tahu pendirian PAS mengenai negara Islam dan hukum hudud, sama seperti PAS mengetahui pendirian berbeza kami dalam kedua-dua isu ini,” kata Kit Siang lagi.

Pendirian Kit siang itu selari dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan tidak akan melaksanakan hukum hudud selagi tidak mendapat persetujuan DAP serta hukum itu sendiri tiada dalam Buku Jingga.

Sebelum ini pelbagai pihak mendesak Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menyatakan pendirian DAP mengenai hudud selepas berlaku ‘perang’ terbuka antara Karpal Singh dengan para pemimpin PAS sejak isu berkenaan kembali ditimbulkan.

Terbaru Isnin lalu, Pengerusi DAP itu menyifatkan alasan Nik Abdul Aziz yang mahu pelaksanaan hudud tidak dilengah-lengahkan sebagai tiada asas serta tidak rasional kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan