Hujan berterusan diramal di Johor, Sabah dan Sarawak ekoran luruan monsun - pakdin.my

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan luruan monsun dengan keadaan itu boleh menyebabkan hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak dalam tempoh 28 Dis hingga 30 Dis ini.

Luruan monsun pada 27 Dis hingga 30 Dis itu adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan pantai timur Semenanjung pada 26 Dis hingga 30 Dis.

“Orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu memaklumkan akan terus memantau keadaan cuaca setiap hari dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan serta amaran ribut petir jika perlu.

— BERNAMA

 

UTAMABERITAAMHujan berterusan diramal di Johor, Sabah dan Sarawak ekoran luruan monsun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium