Hujan Lebat Sebabkan Tembok Asrama Rumah Kebajikan Retak, Banjir Lumpur Di Hulu Langat - pakdin.my

Penghuni Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid) di sini panik selepas tembok asrama itu retak dan membawa bersama banjir lumpur ketika hujan lebat, pada 3.30 petang hari Isnin.

Presiden Perkid Masridzi Sat berkata kejadian di bahagian belakang asrama wanita itu telah dimaklumkan oleh isterinya yang ketika itu bersama empat orang penghuni berada di bahagian dapur, tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan yang kuat.

“Selepas keluar untuk melihat keadaan, mereka dapati tembok asrama ini retak dan condong diikuti dengan banjir lumpur sehingga paras buku lali di bahagian dapur dan rumah kakitangan,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata keretakan itu dipercayai berpunca daripada bebanan sisa kerja membaik pulih longkang yang ditimbunkan di bahagian tembok asrama itu.

“Kontraktor buat kerja-kerja binaan, tetapi sisa bahan yang digunakan diletakkan di tepi tembok asrama ini. Dalam keadaan hujan lebat, mungkin bebanan yang kuat menyebabkan keretakan ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kejadian itu melibatkan keretakan tanah di bahagian belakang asrama itu tidak melibatkan struktur bangunan.

UTAMABERITAHujan Lebat Sebabkan Tembok Asrama Rumah Kebajikan Retak, Banjir Lumpur Di Hulu...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium