26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Hukum Gantung Kerana Bunuh Ibu Tiri Di Kapar

Zahidah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh ibu tirinya
Zahidah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh ibu tirinya

Seorang wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Selasa selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati tertuduh, Zahidah Ahmad, 27, penganggur, dan adik tiri perempuan berumur 18 tahun gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 28 April ini untuk memutuskan hukuman terhadap adik tiri Zahidah sementara menunggu laporan akhlak berikutan semasa kejadian dia masih di bawah umur iaitu 16 tahun.

Dalam penghakimannya Hakim Akhtar berkata selepas mendengar keterangan kedua-dua beradik itu beliau mendapati pembelaan mereka bersifat penafian semata-mata.

“Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, saya lebih mempercayai keterangan saksi pendakwaan dan saya dapati mereka (saksi pendakwaan) beri keterangan yang benar berbanding keterangan kedua-dua tertuduh.

“Justeru saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh melampaui keraguan munasabah dan mereka didapati bersalah dan disabitkan pertuduhan,” kata Hakim Akhtar.

Maznah dan adik tirinya didakwa bersama-sama membunuh Tanziah Zainuddin, 72, di alamat No: 2, Lorong Kiyai Sujak 20B, Taman Sri Wangi, Kapar, Klang, pada 5.30 petang, 14 Julai 2012.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie sementara dua beradik itu diwakili peguam Tan Teck Yaw dan Liow Boon Lee.

Akhbar sebelum ini melaporkan kematian mangsa, seorang guru agama, pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan dikebumikan.

Bagaimanapun, tiga hari selepas pengkebumiannya, seorang daripada anggota keluarga mendapati beberapa barang kemas milik warga emas itu hilang lalu membuat laporan polis.

Kubur mangsa kemudian digali semula dan hasil bedah siasat mendapati warga emas itu meninggal dunia akibat lemas.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

  1. Seorang berusia 27 thn dan seorang lagi 16 thn kedua-duanya perempuan melakukan jenayah berat. Apa sudah jadi dan dimanakah punca silapnya. Adakah lemah didikan agama, kurang kasih sayang, tekanan hidup, pengaruh persekitaran atau apa2 lagi? Jenayah tetap jenayah, tapi apakah peranan pihak berwajib menanganinya supaya perkara sebegini dapat dielakkan, sebelum ianya terjadi?

  2. Seorang berusia 27 thn dan seorang lagi 16 thn kedua-duanya perempuan melakukan jenayah berat. Apa sudah jadi dan dimanakah punca silapnya. Adakah lemah didikan agama, kurang kasih sayang, tekanan hidup, pengaruh persekitaran atau apa2 lagi? Jenayah tetap jenayah, tapi apakah peranan pihak berwajib menanganinya supaya perkara sebegini dapat dielakkan, sebelum ianya terjadi?

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...