31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

HUTANG NEGARA: DENGAR CAKAP BANK DUNIA BUKAN PEMBANGKANG

bank-dunia-malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat tidak mendengar cakap pemimpin pembangkang yang mendakwa kononnya hutang negara terus meningkat dan kerajaan tidak mampu menanganinya.

Katanya, pembangkang terutama pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) tidak memberi fakta tepat mengenai perkara itu sedangkan kerajaan ditahap mampu menangani hutang negara.

“Jangan dengar cakap ketua ranting PAN atau calon pembangkang sebaliknya percaya kepada kenyataan Bank Dunia bahawa negara mampu menguruskan ekonomi dan hutang dengan baik,” katanya di majlis penyampaian khas kejatuhan harga getah di Kuala Kangsar, Jumaat.

Menurut Najib, sudah tentu kenyataan Bank Dunia lebih tepat kerana mereka pakar ekonomi berbanding dakwaan pembangkang atau pemimpin PAN.

“Jika ekonomi kita menguncup, mana boleh kita beri pelbagai bantuan kepada rakyat seperti bantuan hari raya RM500 kepada penjawat awam semalam,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara bukan hanya bercakap tetapi mampu menunaikan janji-janji.

“Pembangkang hanya bercakap tetapi belum tunjuk kemampuan termasuk di negeri yang ditadbir mereka namun masih menerima bantuan Pusat,” jelasnya.


Perdana Menteri kemudian mengumumkan bantuan khas RM500 kejatuhan harga getah kepada 307,770 pemilik kebun dan 80,341 penoreh membabitkan bayaran RM194 juta.

Beliau menegaskan bahawa bantuan itu diberikan bukan kerana ada pilihan raya kecil tetapi kesinambungan bantuan yang diberikan pada 2013 dan 2014.

Hadir sama di majlis itu Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ismail dalam sidang media selepas majlis itu mengarahkan Risda menyelesaikan bayaran bantuan khas itu selewat-lewatnya Ahad depan memandangkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Katanya, bantuan diberikan kepada pekebun dan penoreh yang layak berdasarkan kad perakuan masing-masing.

Bantuan itu sebagai bantuan kos sara hidup berikutan kejatuhan harga komoditi itu berikutan kesan kejatuhan ekonomi China menyebabkan pengurangan penjualan kenderaan yang memberi kesan kepada pengeluaran tayar.

Berita Berkaitan

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Ekonomi – Mahathir Vs Najib

Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib. Satu soalan yang ditanya adalah apakah...

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 bermula tahun...

Kakitangan awam dapat RM600, pesara RM300

Demi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600...

Komen

  1. Hutang negara menurun bape kali ganda? Kadar sara diri menurun? Xda gst? Najib seorg yg jujur? PM kita antara pemimpin dunia yg amanah? Rasuah menurun? Kak mah xboros? Nilai ringgit xjatuh ke rm4.30 utk usd1? Jangan jadi macai okeh!!! Lembu!!!

  2. Kenapa ringgit jatuh?
    Kalau tak ada GST takbada cukai ke sebelum ini dan berapa ramai yang menipu tidak membayar SST?
    Indeks persepai rasuah menurun atau maningkat boleh semak di web berkaitan bukan percaya pada temberang pembangkang dan macai nya.
    Adakah dalam dunia ni cuma nilaj ringgit yang jatuh? Yen jatuh pun sebab Rosmah, Matawang Rusia jatuh teruk oun kerana Najib?

  3. Hutang negara bertambah Kerala definisi hutang negara telah di klasifikasi kan semula termasuk simpanan warga asing dikira sebagai hutang negara. Memanglah nampak bertambah. Berapa peratus berbandung KDNK hutang negara ini berbanding negara lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...