Home / :: BLOG :: / Hutang Negara: Mat Sabu kata hutang negara lebih besar dari 1 trilion

Hutang Negara: Mat Sabu kata hutang negara lebih besar dari 1 trilion

Kerajaan BN kata RM688 bilion.

Ketiga-tiga agensi penarafan antarabangsa dan Bank Dunia kata RM688 bilion.

Lim Guan Eng kata RM1 trilion.

Kini, Mat Sabu kata nilai sebenar hutang negara adalah jauh lebih besar daripada RM1 trilion yang dinyatakan Lim Guan Eng tetapi terpaksa di­sembunyikan supaya Malaysia tidak menjadi muflis.

BACA sini: Hutang negara lebih besar – Mat Sabu http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hutang-negara-lebih-besar-mat-sabu-1.766477

Siapa yang kita mahu percaya?

Mat Sabu membuat kenyataan mengejut ini ketika berucap di dalam seminar di Universiti Malaya dua hari dahulu.

Adakah Mat Sabu dakwa Lim Guan Eng ialah seorang penipu? Ataupun maksud Mat Sabu ialah nilai hutang negara boleh ditukar-tukar sesuka hati oleh kerajaan PH?

Secara am, Mat Sabu kena tahu bahawa pelabur-pelabur asing tidak minat untuk melabur di negara yang sudah muflis tetapi disembunyikan ataupun minat kepada kerajaan yang suka menyembunyikan keadaan sebenar keadaan ekonomi negara.

Mat Sabu juga kena tahu bahawa dia kini bukan lagi ahli pembangkang yang boleh mengeluarkan apa-apa tomahan sesuka-hati seperti dahulu.

Dia sudah berpangkat Menteri dan itupun bukan calang-calang Menteri tetapi Menteri Pertahanan Negara – satu jawatan yang amat penting dan disanjung tinggi.

Oleh itu, Mat Sabu perlu lebih bertanggung-jawab dengan kenyataannya kerana mungkin memberi kesan negatif kepada negara.

Facebook Najib Razak

……………

Rujukan: http://pakdin.my/tag/hutang-negara

(Visited 14 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

10 comments

  1. Yusman Rafar

    Alasan lh ru Manifesto ke Laut..Nk spin guane lg..Tk larat doh nk kencingCukup2 lh Lipat nya..

  2. Salasiah Ahmad

    Mkan sabun je la pk mat sabu..agknye trlebih mkn la ni gupe gini..mabuukk

  3. Husna Habibi

    Dia menteri apa? Dan kira duit lagi…. Duit rakyat derma yg hilang takmau kira ke?

  4. Husna Habibi

    Sian rakyat yg bangga bagi derma dulu

  5. Maslah Doat

    Bab hutang negara Mat Sabu pun pandai bersuara mat sabu dan memteri PH semua dah pandai buat hutang negara lepas itu kata pemerentah dahulu yg buat hutang banyak

  6. Abdul Lani

    Tak tahulah..mana satu yg betul..?!??

  7. Halim Amiruddin

    Kalau kita banyak hutang.kawan pun lari nak berkawan.kalau negara banyak hutang,negara luar pun takut nak melabur.tak perlu le heboh2 kan.rosak menteri PH ni