Hutang negara naik mendadak, kini RM740.1 bilion

[Video] Hutang negara naik mendadak, kini RM740.1 bilion

Program televisyen Maharajalawak Mega lebih menjadi pilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan sejak 11 bulan lalu.

Katanya, berita-berita yang disiarkan televisyen tidak lagi menjadi pilihan apabila hanya yang diutarakan penipuan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kata Ahmad, bukti penipuan kerajaan itu adalah apabila sebelum ini berkata, hutang Malaysia mencecah RM1 bilion namun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini memaklumkan hutang negara tidak lagi menjadi bebanan negara apabila menurun.

Sebelum ini, selepas parti itu memerintah kata beliau hutang negara daripada RM668 meningkat kepada RM 741.1 bilion menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, katanya.

“Saya sudah lama tak tengok warta berita, saya tak tengok hampir 11 bulan, lebih baik saya tengok Maharajalawak Mega dari tengok televisyen. Buka je (tv) hancing, buka sahaja hancing.

“Saya tanya mana ada RM1 trilion hutang kenapa dari RM668 bilion naik RM741.1 bilion kenapa naik?

“Apa dijawab Tun M, hutang tidak lagi jadi masalah, Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) menurun katanya,” ujarnya.

Ahmad Maslan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sesi Town Hall Politik Malaysia Baharu di PWTC hari ini. -MalaysiaGazette

LIHAT video: https://youtu.be/QZGL4glYme4

http://pakdin.my/tag/hutang-negara


Comments (3)

  1. Tok Sepian Apr 7, 2019 @ 14:31
  2. Hamidah Aziz Apr 7, 2019 @ 22:54
  3. Zulkifli Zul Apr 8, 2019 @ 16:18

Leave a Reply